web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cipta Sejarah, Bintang ‘Squid Game’ Menang SAG Awards

Lee Jung Jae dan Jung Ho Yeon mencipta sejarah menjadi pelakon Asia pertama meraih anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Bersiri di anugerah berprestij SAG Awards.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 11:40AM

Jung Ho Yeon dan Lee Jung Jae. Gambar: Frederic J. Brown/AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang Asia sekali lagi dilihat menjadi fenomena di majlis anugerah berprestij antarabangsa apabila dua pelakon utama drama bersiri popular terbitan Netflix, 'Squid Game' berjaya merangkul anugerah di Screen Actors Guild Award (SAG Awards) ke-28 yang berlangsung semalam. 

Kedua-dua pelakon yang berasal dari Korea Selatan, Lee Jung Jae dan Jung Ho Yeon masing-masing membawa pulang Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik untuk kategori drama bersiri. Mereka juga telah mencipta sejarah menjadi pelakon dari Asia pertama yang memenangi anugerah ini. 

Lee Jung Jae sewaktu memberikan ucapan kemenangannya berkata kemenangan ini adalah sesuatu yang besar buat dirinya. 

“Saya telah menyediakan ucapan di atas kertas, tetapi saya rasa saya tidak mampu untuk membacanya sekarang. Terima kasih tidak terhingga kepada SAG Award, juga kepada penonton global di atas sokongan dan cinta anda,” ucapnya.

Sementara itu Jung Ho Yeon pula dilihat tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata saat menerima trofi kemenangannya. 

“Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga. Saya telah menonton kalian semua sebelum ini di kaca televisyen dan berharap satu hari nanti saya akan menjadi seorang pelakon.

“Terima kasih kerana membuatkan saya bermimpi dan membuka ‘pintu’ untuk saya. Saya sayang anda semua, kru drama Squid Game,” ucapnya sebak. 

Selain meraih anugerah bagi kategori pelakon, 'Squid Game' juga turut membawa pulang trofi bagi kategori Persembahan Aksi Terbaik Dalam Drama Televisyen. 

Drama 'Squid Game' yang mula ditayangkan di platform digital, Netflix pada 17 September 2021 menjadi fenomena di seluruh dunia dalam sekelip mata, sekali gus menjadikan drama ini drama yang paling tinggi jumlah tontonan di Netflix. 

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan seluruh warga kerja 'Squid Game'. Semoga lebih ramai bakat Asia dijulang di peringkat global. - Getaran, 1 Mac 2022

Gambar : AFP

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN