web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Little Ammar’, ‘Mina Mila’ Animasi Baharu Di TV9

Siri Animasi tempatan semakin mendapat tempat di hati peminat cilik tempatan malahan hingga ke peringkat global. Terbaharu, TV9 dengan kerjasama Durioo membawakan dua animasi bergenre Islamik iaitu 'Little Ammar' dan 'Mina Mila'.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 11:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karya animasi Malaysia kini semakin mendapat perhatian ramai bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tempatan malahan juga di luar negara. Bermula Februari ini, TV9 telah memanjangkan masa bagi slot kanak-kanak iaitu Jaguh Kartun dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam. 

Pendekatan ini bersesuaian dengan TV9 yang terkenal sebagai sebagai destinasi kartun-kartun terbaik sejak dulu lagi, antaranya 'CatDog', 'Wonderpets', 'Spongebob Squarepants' dan 'Upin Ipin'. 

Terbaharu, TV9 menampilkan dua buah siri kartun terbitan Durioo iaitu 'Little Ammar' dan 'Mina Mila'. Durioo adalah syarikat yang diterajui oleh mereka yang pernah menghasilkan animasi popular 'Omar & Hana' serta 'Didi & Friends'. 

'Little Ammar' telah mula disiarkan pada 2 Februari lalu dan akan terus menghiburkan penonton pada setiap Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang selama 3 minit. Manakala, 'Mina Mila' yang berdurasi tujuh minit pula bakal keudara setiap Isnin dan Selasa, jam 6:30 petang bermula 28 Mac ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Nordin, kedua-dua animasi ini menyasarkan kanak-kanak berusia seawal setahun hingga sembilan tahun. 

“Kolaborasi antara TV9 dan Durioo dilihat tepat pada waktunya kerana kanak-kanak masa kini lebih cenderung menonton televisyen di rumah ketika situasi epidemik yang melanda negara. 

"Animasi ini sungguh menarik kerana menggunakan warna-warna ceria yang dapat menarik minat kanak-kanak, di samping melodi yang mudah merangsang minda mereka serta mesej keagamaan yang mudah dipelajari. 

"Tidak dinafikan kanak-kanak kini lebih cepat mempelajari sesuatu menerusi televisyen dan dua animasi ini iaitu 'Little Ammar' dan 'Mina Mila' sememangnya sesuai untuk tontonan seisi keluarga,” ujarnya. 

Sinan
Sinan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Durioo, Sinan Ismail menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana 'Little Ammar' dan 'Mina Mila' disiarkan di saluran terkenal TV9.

“Sebagai pengkarya, memang menjadi satu kepuasan apabila hasil usaha kami keluar di kaca televisyen. Paling penting, 'Little Ammar' dan 'Mina Mila' dapat berjumpa, menghiburkan dan memberi nilai pengajaran Islam kepada anak-anak di Malaysia.

"Semoga mesej yang kami sampaikan dalam dua animasi ini dapat memberi impak positif kepada penonton TV9 sekali gus menghasilkan generasi memiliki asas Islam yang kuat,” ujarnya. 

'Little Ammar' menampilkan kanak-kanak lelaki comel berusia dua tahun setengah bersama arnab kesayangannya, Rapbit. 'Little Ammar' akan berkongsi dengan penonton ciliknya lagu kanak-kanak, zikir dan video pembelajaran yang mudah difahami.

Jika lihat warna kulit Ammar, ia sedikit gelap. Ini kerana Durioo mahu animasi ini lebih bersifat dekat dengan masyarakat global yang terdiri dari pelbagai kaum dan warna kulit. 

Little Ammar
Little Ammar

“Sewaktu saya pergi ke United Kingdom pada 2019, disana animasi 'Omar & Hana' sangat popular. Tetapi mereka bertanya kepada saya, kenapa semua karakter dalam siri itu berkulit putih? Jadi, untuk 'Little Ammar' kita suntik kelainan supaya ia lebih dekat dengan masyarakat dunia,” jelas Sinan. 

Menariknya bagi animasi 'Mina Mila' pula, pasangan kembar ini sebenarnya merupakan kakak kepada Ammar dan mempunyai personaliti yang berbeza. Animasi ini menyasarkan penonton berusia antara lima hingga sembilan tahun dan keletah seharian mereka cukup lucu dan pastinya membuat penonton terhibur.

Menurut Sinan lagi, siri animasi yang dihasilkan oleh Durioo bukan sahaja menarik minat kanak-kanak serta ibu bapa, malah pelajar-pelajar universiti juga mengakui sering kali menonton siri animasi terbitan mereka. 

Jangan ketinggalan menonton animasi menarik 'Little Ammar' pada Setiap Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang manakala 'Mina Mila', mulai 28 Mac nanti, Setiap Isnin dan Selasa, jam 6:30 petang. - Getaran, 10 Februari 2022

Gambar: TV9

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN