web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Melayu Pukau Juri Rancangan Masakan Terkenal Di UK

Peserta Melayu dalam rancangan terkenal British Junior Bake Off, Aisya Syahrul, 12, berjaya memukau juri dengan hidangan kek coklat berinspirasikan Satay. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peserta kanak-kanak berbangsa Melayu, Aisya Syahrul ,12, meraih perhatian antarabangsa apabila dia berjaya memukau juri dalam rancangan British Junior Bake Off dengan menghasilkan kek berinspirasikan Satay. 

Dalam cabaran episod sembilan, Aisya telah menghasilkan kek coklat dengan hiasan hidangan lengkap satay ayam di atasnya. Satay itu sebenarnya adalah doh biskut yang dimakan bersama sos karamel yang ditabur kacang tanah. 

Hidangan itu berjaya memukau dua juri rancangan berkenaan iaitu Liam Charles dan Ravneet Gill. 

“Kek ini sangat sedap! Saya tidak dapat cari kesalahan dalam hidangan ini,” kata Ravneet.

 Aisya yang tinggal di Manchester mula belajar tentang pembuatan pastri daripada ibunya yang telah mengajarnya membuat kuih karipap. 

Sewaktu dalam rancangan Junior Bake Off, Aisya sering menggunakan bahan-bahan yang tidak pernah dilihat digunakan oleh mana-mana peserta sebelum ini kerana mahu menyuntik unsur-unsur Malaysia ke dalam hidangannya. 

Aisya juga sering menerima tips masakan daripada nendanya melalui kaedah panggilan video. 

Tahniah diucapkan kepada Aisya dan terima kasih kerana membawa nama Malaysia serta memperkenalkan hidangan tempatan di mata dunia. - Getaran, 26 Januari 2022

Gambar: Profil Peserta TheGreatBritishBakeOff

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN