Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2022 Bakal Dihiasi Dengan Barisan Filem Pecah Panggung

Pawagam seantero dunia bakal meriah dengan kehadiran penonton yang tidak sabar menyaksikan himpunan filem mega sepanjang 2022 termasuklah 'Avatar 2' dan 'The Batman'.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 12:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini bakal menyaksikan banyak filem menarik menjengah pawagam seluruh dunia. Selepas jutaan penduduk dunia menerima suntikan vaksin COVID-19, pawagam dilihat kembali meriah dengan himpunan karya hebat. 

Penghujung 2021 menyaksikan dua filem mega iaitu No Time To Die dan Spiderman: No Way Home mendominasi carta filem seluruh dunia dan ini merupakan petunjuk yang baik buat industri filem dan pawagam. 

Berikut adalah 10 filem menarik yang akanmembuatkan anda tidak sabar ke pawagam sepanjang 2022. 

House of Gucci (Januari 2022)

Filem yang dibintangi barisan pelakon terkenal dan pemenang anugerah termasuklah Lady Gaga ini menyingkap jenayah pembunuhan dan dunia fesyen yang penuh glamor berdasarkan kisah benar yang terjadi dalam keluarga Gucci.

Antara watak yang mencuri tumpuan sudah semestinya Jared Leto yang merubah fizikalnya sehingga kelihatan sangat berbeza. Lady Gaga juga disebut-sebut bakal membawa pulang anugerah Oscar untuk wataknya dalam filem ini.

Morbius (Januari 2022)

Sebuah lagi  filem adiwira terbitan Marvel iaitu Morbius bakal menjengah pawagam seluruh dunia pada Januari ini. Morbius dibintangi Jared Letto sebagai teraju utama.

Morbius sebenarnya salah satu watak dalam siri Spiderman. Namun, watak ini telah diangkat untuk dijadikan sebuah filem.

The Batman (Mac 2022)

Filem adiwira kegemaran ramai ini kembali dengan versi baharu bersama pemeran baharu iaitu Robert Pattinson yang memegang watak sebagai Batman dan atau Bruce Wayne.

Lebih menarik, filem terbaru Batman ini turut menampilkan watak Catwoman baharu lakonan Zoe Kravitz. 

Top Gun : Maverick (Mei 2022)

Filem popular lakonan Tom Cruise ini akan membuat kemunculan semula di pawagam seluruh dunia selepas kali terakhir ditayangkan pada 1986.

Menerusi filem inilah nama Tom Cruise meledak dan menjadikan beliau antara pelakon gred A di Hollywood. 

Doctor Strange In The Multiverse Of Madness (Mei 2022)

Antara filem yang dinantikan pencinta karya Marvel terutamanya mereka yang telah menonton filem Spiderman No Way Home yang ditayangkan baru-baru ini.

Di penghujung filem itu, terdapat sedutan filem Doctor Strange yang membuatkan ramai teruja untuk melihat apa yang terjadi.

Thor Love And Thunder (Julai 2022)

Peminat Chris Hemsworth pasti teruja untuk menyaksikan beliau kembali beraksi sebagai Thor selepas kali terakhir dia melakonkan watak itu menerusi filem The Avengers Endgame pada 2019.

Menariknya untuk filem Thor terbaharu ini ialah kemunculan Christian Bale yang memegang watak sebagai Goor The go Butcher. Turut sama terlibat dalam filem ini ialah Chris Pratt yang memegang watak sebagai Star Lord. 

Mission Impossible 7 (September2022)

Filem ejen perisik Amerika Syarikat yang dibintangi Tom Cruise ini sememangnya sentiasa dinantikan peminat filem aksi. Turut kembali bersama Tom Cruise dalam filem ini ialah Rebecca Ferguson, Ving Rhames dan Simon Pegg. 

 

The Flash (November 2022)

Akhirnya watak adiwira The Flash bakal mempunyai filemnya sendiri. The Flash dibintangi oleh Ezra Miller. Dalam filem ini, The Flash akan kembali ke masa lalu untuk bagi menyelamatkan ibunya daripada dibunuh.

Turut membintangi filem ini ialah Ben Affleck dan Machael Keaton. 

Black Panther: Wakanda Forever (November)

Antara filem adiwira yang dinantikan sekuelnya sejak kemunculan pertama pada 2018. Namun, peminat Black Panther di seluruh dunia meratapi pemergian bintang utamanya iaitu Chadwick Boseman yang meninggal dunia pada 2020 akibat kanser.

Plot filem sekuel ini terpaksa diubah selepas kematian Chadwick kerana penerbit tidak mahu menggantikan watak Black Panther dengan pelakon lain buat masa ini. Jadi, watak utama untuk filem ini digalas oleh teman wanita Black Panther iaitu Nakia lakonan Lupita Nyong’o.

Avatar 2 (Disember 2022)

Filem sekuel yang paling dinantikan sejak filem pertamanya ditayang pada 2019. Sebelum ini Avatar pernah menjadi filem paling laris di dunia sehinggalah rekodnya dicantas oleh filem The Avengers Endgame.

Tiga belas tahun penantian untuk filem kedua, Avatar 2 semestinya berbaloi untuk ditonton dengan kesan visual khas yang lebih canggih. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 5 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad