web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Melondehkan Kuala Lumpur Dalam 'Prebet Sapu'

'Prebet Sapu' ialah filem yang tajam, ngilunya dalam dan realitinya mencengkam. Sememangnya filem wajib tonton 2021.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 5:49PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penulis menonton Prebet Sapu pada minggu yang sama warganet sibuk bercakap tentang menara paling tinggi di Malaysia iaitu Merdeka PNB 118, Kuala Lumpur. Dalam rajutan di media sosial itu, tidak ada sesiapa pun yang berbangga dengan berita itu.

Malah, masing-masing meluahkan keluh-kesah, amarah juga kekecewaan bagaimana bangunan bernilai RM7 bilion itu boleh dibangunkan di kala rakyat kehilangan kerja dan mencatu makan. Terlalu luaskah jurang ekonomi sehingga membataskan empati dalam masyarakat yang kononnya sebuah keluarga?

Kuala Lumpur adalah tempat para perantau membangun mimpi. Kota yang sama boleh membunuh jika anda tidak kuat mengharungi realiti. Prebet Sapu adalah filem yang membawa anda melihat sisi lain dari sudut kota raya yang dibanggakan ini.

Ia cerita yang sangat dekat, begitu erat sehingga seperti kita melihat pantulan diri kita di dalam filem ini. Tidak hairanlah Prebet Sapu dipilih sebagai mewakili Malaysia untuk Anugerah Academy (Oscars). 

Muzammer Rahman sebagai sutradara memilih untuk menayangkan filem ini dengan warna hitam putih memandangkan watak utamanya iaitu Aman, lakonan cemerlang Amerul Affendi merupakan seorang buta warna.

Sebenarnya warna hitam putih memberikan aura dan sentuhan yang berlainan. Ia lebih dalam, lebih pekat kalau mahu bercerita tentang sadis dan kepiluan. Sebab itu, filem ini ‘hidup’ sepanjang  satu jam dua puluh minit ditayangkan.

Prebet sapu menceritakan survival Aman yang berhajat ke kota untuk mencari kerja dan mengubah nasib hidup sejak kematian bapanya. Namun, tinggal di kota tidak mudah. Sewa bilik sahaja sudah sama banyak dengan wang pendapatan. Aman hanya memiliki sebuah kereta keluarga sebagai harta. Tetapi kerana buta warna, Aman tidak mempunyai lesen kereta. Dia kemudian mencari jalan lain sebelum akhirnya bergelar seorang pemandu prebet sapu atau pemandu e-panggilan untuk kelangsungan hidup.

Berlatarkan keadaan pilihan raya umum Malaysia pada2018, Aman sebenarnya mengutip suara-suara marhaen di Malaysia. Misalnya ketika di corong-corong radio sedang memperdengarkan suara janji-janji ahli politik.

Namun, Aman melalui perbualan dengan penumpang menceritakan betapa terhimpitnya hidup seorang ibu tunggal di kota raya membesarkan anak-anak. Seolah-olah janji yang diperdengarkan itu tidak pernah mengubah apa-apa.

Muzammer tidak menceritakannya secara langsung, namun pengarah ternyata bijak menyampaikannya lewat rakaman bangunan pencakar langit, poster di dinding dan tapak pembinaan TRX. Kita berteka-teki, bertanya kemudian memahaminya tanpa banyak bicara.

Aman kemudian bertemu Bella lakonan Lim Mei Fen yang juga berusaha mencari hidup di kota ini. Keserasian antara Amerul dan Mei dalam filem ini begitu luar biasa. Mereka begitu bersahaja dan tidak kaku.

Kita seolah-olah sedang melihat dua sahabat berbual dan kita sedang memangku dagu mendengar di sebelah mereka. Ia jujur dan mengesankan.

Dialog antara mereka berdua sebenarnya adalah kekuatan utama Prebet Sapu. Dalam sisi lain, Mei adalah suara marginal di Malaysia. Negara ini tidak sebenar-benarnya rumah bagi mereka.

Bayangkan, walau sudah 64 tahun merdeka dan kita hidup berbilang kaum, kita tetap dilihat aneh kalau berjalan dengan bangsa berbeza. Dimanakah silap kita? Inilah persoalan lain yang dilontarkan dalam Prebet Sapu untuk difikirkan penonton.

Tidak kiralah apapun bangsanya, Prebet Sapu menunjukkan kita semua susah. Kita semua  berjuang untuk sesuap nasi hari ini dan esok. Walaupun kota ini kadangkala kejam, di sinilah tumbuhnya harapan terutama bagi warga imigran.

Jika anda ingin mencari filem yang seperti cermin, memantulkan nasib dan perjuangan anak kota. Inilah filemnya. Penulis keluar dari wayang sambil mentertawai kesedihan sendiri. Kritikannya tajam, ngilunya dalam dan realitinya mencengkam. Prebet sapu ialah filem wajib tonton  2021!

Rating: 5 getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN