web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Filem Tempatan, Luar Negara Tidak Lulus Tayangan

Enam filem tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) pada 2020 dan sebuah filem tidak lulus tayangan tahun ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 2:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Enam filem tidak mendapat kelulusan tayangan Lembaga Penapis Filem (LPF) pada tahun lepas, manakala satu filem tidak diluluskan untuk tayangan tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, enam filem itu ialah Daulat, Real Love, Shubh Mangal Zyada Saavdhan, Pallu Padama Paathuka, White Eye dan Boluomi selain The Battle At Lake Changjin.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu mengapa LPF bukan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta jumlah filem yang diharamkan pada 2020 dan 2021 pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, LPF tidak diletakkan di bawah KKMM kerana fungsinya adalah terhad kepada penapisan kandungan filem yang telah siap untuk ditayangkan kepada umum.

Menurutnya, LPF juga tidak terlibat dalam urusan pembikinan atau pengeluaran filem kerana ia  dilaksanakan secara langsung oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), iaitu agensi di bawah KKMM yang melaksana fungsi khusus untuk membangunkan industri filem tempatan berdasarkan peruntukan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

Ismail berkata, LPF mengguna pakai Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010 dalam melaksanakan proses penapisan filem dengan menekankan empat aspek utama iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan.

“Adalah jelas bahawa aspek keselamatan dan ketenteraman awam merupakan aspek tunjang yang menjadi keutamaan LPF dalam menilai kandungan sesebuah filem sebelum ia ditayangkan kepada umum yang menjadi asas LPF diletakkan di bawah KDN,” katanya.

Ismail berkata LPF kekal diletakkan di bawah bidang kuasa KDN bagi memastikan kandungan filem yang ditayangkan kepada umum tidak melanggar keempat-empat aspek utama yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN