web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disney’s Encanto : Menarik Dengan Formula Standard Filem Animasi Disney

Kali ini, Disney mempertaruhkan 'Disney's Encanto', sebuah filem yang berlatarbelakangkan budaya serta gaya hidup rakyat Colombia di Amerika Selatan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 11:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak penerbitan Disney muncul dengan sebuah lagi karya animasi tahun ini. Kali ini, mereka mempertaruhkan Disney’s Encanto, sebuah filem yang berlatarbelakangkan budaya serta gaya hidup rakyat Colombia di Amerika Selatan.

Bukan berdasarkan mana-mana kisah benar atau legenda, ia adalah sebuah filem animasi fiksyen sepenuhnya dan dijangka bakal disukai oleh mereka yang meminati keajaiban visual yang kerap menjadi senjata utama Disney.

Alur ceritanya  berpaksikan watak perdana yang bernama Maribel dari keluarga besar Madrigal. Keluarga Madrigal merupakan sebuah keluarga yang dikurniakan kuasa ajaib berkat sebuah lilin sakti milik nenek (Abuela) Mirabel, ketua keluarga tersebut.

Lilin sakti yang apinya tidak pernah padam itu bukan saja memberikan kuasa ajaib kepada semua ahli keluarga Madrigal, malah telah membina kediaman mereka yang merupakan sebuah rumah sakti yang ‘hidup’ dan boleh berkomunikasi dengan setiap ahli keluarga.

Namun konflik cerita bermula saat Maribel tidak mendapat sebarang anugerah kuasa ajaib seperti ahli keluarganya yang lain.

Dia berasa sedih kerana tidak mempunyai sebarang kuasa  dan rasa tersisih, seolah-olah dia tidak penting atau istimewa berbanding ahli keluarganya yang lain.

Walau bagaimanapun, semasa upacara penganugerahan kuasa ajaib untuk sepupu kecilnya Antonio, Mirabel melihat keretakan berlaku pada rumah mereka dan api lilin sakti tersebut yang kian malap.

Maribel kemudian cuba memberi amaran kepada nenek serta ahli keluarganya yang lain untuk berhati-hati namun kerosakan itu tidak kelihatan oleh keluarganya.

Lantas, amarannya tidak dihiraukan oleh mereka dan semua ahli keluarga berfikir Maribel cemburu kerana tidak dapat menerima hakikat yang dia masih tidak dianugerahkan sebarang kuasa ajaib.

Sungguhpun begitu, satu demi satu rahsia keluarga Madrigal mula terungkai kala Maribel mendapat tahu perkara sebenar di sebalik apa yang berlaku. Maribel kemudian cuba membongkar apa yang tersembunyi demi menyelamatkan keluarganya dari bahaya.

Seperti yang dikatakan tadi, filem animasi Disney ini lengkap dengan segala rencah yang diperlukan dalam sebuah filem animasi kanak-kanak.

Warna-warna terang, watak-watak lucu dan cantik, premis muzikal bersulam adegan nyanyian sepanjang filem dan kisah kuasa ajaib menghidupkan filem animasi ini.

Malah, pemilihan latar belakang Amerika Selatan mengingatkan penulis kepada filem Coco yang pernah ditayangkan beberapa tahun lalu.

Walaupun begitu, penulis merasakan Disney’s Encanto mempunyai lebih banyak babak nyanyian berbanding filem-filem sebelum ini dan faktor tersebut boleh jadi penyebab untuk seseorang lebih menyukai filem ini atau menjengkelkan buat sesetengah penonton.

Apapun, ia tetap menghiburkan dan dijangka pasti akan disukai oleh pencinta filem animasi. Khasnya kanak-kanak perempuan yang biasanya suka akan kisah berkisar kuasa ajaib dan nyanyian serta warna-warni khas taruhan Disney. 

Selain unsur komedi dan mesej kekeluargaan yang disampaikan, filem ini juga kaya dengan peringatan moral buat mereka yang menonton (seperti filem Disney yang lain). Jelas, ia sesuai buat seisi keluarga dan kami yakin semua akan terhibur menyaksikannya.

Disney’s Encanto akan mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula Khamis, 25 November 2021. - Getaran, 18 November 2021 

Rating : 3.5 getar

Semua gambar: Disney

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Colombia Usir Duta Israel

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

3

TARA 3 tahun yang lalu

Kilauan Emas Puteri Disney Sempena Tahun Baharu Cina

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwa Disneyland Dibina Di Melaka, Jailani Memalukan, Perlu Dipecat

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN