web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mamat Khalid Dan David Arumugam Tarikan Sebenar 'Budak Kripto'

Walaupun mempunyai premis yang cukup baik, 'Budak Kripto' tidak menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk memaparkan pelaburan mata wang digital ini dengan lebih terperinci.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 8:07PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengulas filem Budak Kripto yang mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada hari ini adalah suatu tugasan yang sukar kerana pengarahnya, Nordin Wahab atau Din CJ adalah seorang kenalan lama. 

Apapun, Budak Kripto mempunyai premis yang cukup bagus, menarik dan relevan dengan suasana sekarang terutama sejak mata wang digital atau kripto mula mencetuskan fenomena global.

Bahkan ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia sendiri yang semakin ghairah melabur dalam mata wang ini. 

Malangnya, Budak Kripto tidak menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk memaparkan pelaburan mata wang digital ini dengan lebih terperinci untuk membuatkan kita percaya bahawa ia sebuah filem berkaitan dengan mata wang digital. 

Yang dipaparkan adalah kegigihan seorang pemuda untuk mencari sebanyak mungkin pelabur untuk membuat pelaburan dalam sebuah mata wang digital yang didakwa mampu memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda.  Tapi, cara-cara pelaburan itu dilakukan tidak ditunjukkan. 

Platform yang membolehkan aset digital didagangkan dalam sesebuah pasaran dan disimpan secara dalam talian atau e-wallet juga tidak dipaparkan dengan jelas.

Begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan jual beli dan transaksi mata wang digital. 

Ketiadaan aspek-aspek penting berkaitan mata wang digital ini pastinya akan membuatkan segelintir penonton berasa kecewa terutama bagi mereka yang memang terlibat dengan pelaburan kripto.

Malah, tidak dapat dipastikan juga bahawa filem Budak Kripto ini memfokuskan kepada minting atau mining kripto kerana kedua-dua aspek dalam mata wang digital ini amat berbeza sekali. 

Atas sebab ini, garapan dan penceritaan Budak Kripto menjadi cukup longgar dan dialog-dialog di dalam filem ini juga menyesakkan telinga kerana ia tidak begitu konsisten dan tidak dihasilkan dengan begitu kemas. 

Menurut end credit filem ini, penulis skripnya adalah Adam Tahir.  Latar belakangnya tidak diketahui namun nyata sekali naskhah filem ini memerlukan khidmat pakar bedah skrip dan aspek lakon layar untuk menyuntik nilai sinematik menerusi bahasa filem (metafora) dan aspek teknikal dari segi shot dan framing

Menurut Din CJ, asal pembikinan Budak Kripto adalah untuk super tele dan ia kemudian dinaiktaraf kepada filem, namun aspek teknikalnya agak lemah, tidak begitu kreatif dan ada antaranya tidak relevan untuk digunakan di dalam filem ini. 

Mempertaruhkan pelakon-pelakon baharu seperti Zam Azmi dan Nurul Hida untuk membawakan watak utama di dalam filem ini bukanlah suatu kesalahan.

Tapi, pastikanlah mereka masuk ke kelas lakonan dahulu agar mereka dapat memahami watak, mempelajari artikulasi dan pengucapan dialog dengan baik. 

Andai kata perkara ini dilakukan, setidak-tidaknya lakonan, pergerakan, gerak isyarat dan pengucapan dialog mereka tidak akan nampak canggung. 

Pun begitu, ada juga babak-babak yang membuatkan penonton akan enjoy dengan filem Budak Kripto iaitu kemunculan Yank Kassim dengan babak lawan yang padu serta mendiang Accapan yang cukup lawak dengan lakonannya yang bersahaja. 

Satu lagi adalah babak yang melibatkan penyanyi legenda David Arumugam yang juga merupakan vokalis kumpulan Alleycats dengan Allahyarham Mamat Khalid di Sarang Art Hub di Tanjung Malim. 

Babak ini sebenarnya tidak perlu pun diselitkan di dalam filem ini tetapi kemunculan David dan Mamat cukup menarik dan mungkin ia sengaja dilakukan untuk dijadikan umpan untuk mengundang penonton menyaksikan Budak Kripto

Jika ya, memang Din CJ berjaya kerana belum ada pun sebuah filem yang memaparkan Mamat Khalid dengan karakter sebenarnya yang gemar menyanyi dan kemunculan David yang mempersembahkan dua buah lagu dengan vokalnya yang tiada tandingan itu. 

Babak ini menjadi lebih epik setelah ketiadaan Mamat Khalid yang telah pun pergi menyahut seruan Ilahi pada 24 Oktober lalu. 

Rating: 1.5 Getar 

 

Sinopsis 

Filem Budak Kripto terbitan A&S Picture berkisar tentang kesungguhan dan semangat waja seseorang dalam memperbaiki kehidupannya.

Walaupun Putra (Zam Azmi) terus diekori dan diganggu si peminta hutang setelah skim cepat kaya dan pelaburan emas yang diusahakannya menemui kegagalan serta kehilangan keluarga dek kesilapan dalam pelaburan, namun dia masih tidak patah semangat. 

Ibunya (Liza Abdullah) masih terus menyokongnya. Gadis idamannya, Elly (Afifah Nasir) berlalu pergi kerana dia gagal menyediakan wang hantaran perkahwinan mereka.

Putra bertemu pula dengan seorang guru bernama Mira (Nurul Hida) yang bersedia melalui segala onak duri bersamanya.

Filem terbaharu Din CJ yang diterajui Zam Azmi dan Nurul Hida ini turut dijayakan oleh pelakon Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, A. Galak, Afifah Nasir, Sopiah Ibrahim, Datuk TS Jeffry, Kazar, Yang Kassim, Allahyarham Mamat Khalid, Datuk David Arumugam dan juga Accapan. - Getaran, 11 November 2021

Gambar: A&S Picture 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN