web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Datuk Fazley, Adibah Noor, Aliff Aziz Sertai Gegarvaganza 8

Rancangan hiburan popular, Gegarvaganza kembali dengan musim baru membariskan 13 penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 2:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rancangan hiburan kegemaran rakyat Malaysia, Gegarvaganza (GV) kembali lagi untuk musim kelapan di mana kita bakal menyaksikan penyanyi-penyanyi yang pernah menggegarkan industri muzik serantau kembali menyengat.

Untuk edisi 2021 ini, GV kembali membuka peluang kepada penyanyi dari Singapura dan Indonesia untuk turut serta sama-sama memeriahkan rancangan yang disiarkan di Astro Ria ini.

13 peserta telah dipilih dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara senarai penyanyi solo wanita pula Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia). Musim ini turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Barisan perserta GV8 yang bakal berentap mempamerkan kehebatan masing-masing.
Barisan perserta GV8 yang bakal berentap mempamerkan kehebatan masing-masing.

Selain barisan peserta yang mantap, barisan juri GV kali ini juga bukan calang-calang. Mereka terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Malah Hetty akan menetap di Malaysia sepanjang pertandingan ini berlangsung nanti. 

Seperti tujuh musim lalu, pengacara yang sama masih dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan para peserta untuk musim kali ini, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, ada diantara mereka yang telah dirisik sejak beberapa musim lalu. 

Ditanya mengenai pemilih dua pelawak terkenal iaitu Saiful Apek dan Yassin sebagai peserta berbanding penyanyi profesional yang lain, kata Raqim mereka berdua memiliki lagu-lagu hit dan itulah kriteria yang dicari oleh GV.

Saiful Apek dan Yassin
Saiful Apek dan Yassin

”Kita tidak boleh memandang rendah bakat mereka. Semua yang masuk GV ada peluang untuk menjadi juara. Sebelum ini sudah terbukti ada juara yang kita tidak sangka sama sekali akan menang. Saya rasa kita harus memberi peluang kepada mereka. Jika mereka diterima oleh masyarakat kita, kenapa tidak untuk bua peluang kepada mereka menyertai GV musim ini. 

”Saya sendiri terkejut apabila mereka berdua bersetuju untuk sertai GV kerana ini adalah sesuatu yang kita tak jangka. Kami sentiasa menantikan apa yang bakal diberikan oleh mereka di GV nanti,” katanya. 

Fazley sertai GV kerana anak bongsunya.
Fazley sertai GV kerana anak bongsunya.

Sementara itu, salah seorang peserta GV tahun ini iaitu Datuk Fazley mengakui bersetuju untuk menyertai GV musim ini kerana anak bongsunya.

”Sebenarnya, sudah beberapa kali saya dapat jemputan menyertai GV tetapi terpaksa tolak kerana jadual tidak mengizinkan. Bagaimanapun, kali ini berbeza sedikit kerana sewaktu dapat tawaran ini, saya masih berbelah bahagi untuk terima ataupun tidak. 

"Namun, suatu hari selepas selesai solat, anak bongsu saya buka muzik video lagu 'Asmara Ini' dan bertanya betulkah saya pernah menyanyi. Saya rasa tersentuh sebab rupa-rupanya dia baru tengok video saya menyanyi lagu ini sambil dukung abang-abangnya dulu.

"Jadi dia tanya mana dia pada ketika itu. Saya rasa sedih kerana tidak mahu orang yang beritahu dia bahawa dulu ayahnya penyanyi. Saya tanya pada dia sama ada dia nak lihat saya menyanyi.

"Dia jawab dia mahu menyanyi sambil mendukungnya. Saat itu saya rasa inilah masanya saya menyanyi semula. Jadi saya hubungi Astro untuk menyatakan persetujuan," katanya yang sudah bersedia menerima kritikan barisan juri dan netizen. 

Aliff Aziz
Aliff Aziz

Bagi penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pula, GV adalah platform besar dan terbaik untuk penyanyi membuat kemunculan semula selepas berehat panjang. 

”Sebenarnya saya dapat tawaran menyertai GV sejak dua tahun lalu. Cuma, pada waktu itu mungkin saya sedang melalui fasa kehidupan yang kurang baik selain kekangan masa. Alhamdulillah, tahun ini Astro baik hati untuk mengundang saya sekali lagi. Saya anggap ini pentas untuk saya kumpul pengalaman," katanya. 

Ditanya sama ada dia sudah bersedia jika ada pihak cuba membuka kisah lampaunya selepas ini, kata Aliff manusia akan sentiasa bercakap tidak kira baik atau buruk. 

”Orang akan sentiasa bercakap dan akan ada yang sentiasa rasa tidak puas hati dengan kita, nak buka aib dan sebagainya. Agak mustahil untuk saya puaskan hati semua orang. Ini kerana  orang yang baik pun ramai yang tidak suka inikan kita yang banyak buat hal sebelum ini.

"Insya-Allah kita fokus benda yang positif, asal kita tahu apa yang kita buat tidak melampaui batas. Saya pun tidak mahu simpan dendam dengan sesiapa. Jika ada orang mengata, saya maafkan mereka dan saya pun minta maaf jika ada yang kurang senang dengan sikap saya sebelum ini,” katanya. 

Adibah Noor
Adibah Noor

Bagi Adibah Noor pula, ini kali pertama dia ditawarkan menyertai GV dan terus bersetuju demi peminat.

”Setiap kali Gegarvaganza berlangsung, mereka yang menyokong saya pasti minta saya sertai musim baru. Jadi, apabila ditawarkan buat pertama kalinya saya terus bersetuju demi peminat, katanya. 

Ditanya siapakah antara 12 peserta lain yang dilihat mampu memberi saingan sengit kepadanya, kata Adibah Nikki Palikat memiliki vokal mantap.

”Sejujurnya setelah lama tidak menyanyi, saya agak gementar untuk naik pentas. Sewaktu sesi latihan tadi saya tiba-tiba menggeletar sebab pentas itu sudah menjadi satu tempat yang sangat asing bagi saya disebabkan PKP.

"Sebelum ini, itulah rumah, itulah pejabat saya untuk saya bekerja, tiada masalah. Tetapi tadi setelah berbulan tidak bekerja, saya memang gementar dan keliru kenapa ini berlaku sedangkan  sudah biasa dengan tempat itu,” katanya yang akan mulakan latihan untuk mendapatkan kembali stamina dalam nyanyian. - Getaran, 11 November 2021

Foto: Astro

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN