web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'My Name' Bukti Han So Hee Pelakon Serba Boleh

Tiada lagi imej cantik, menggoda dan feminin sebaliknya Han So Hee tampil lasak, dingin dan penuh dendam dalam drama terbaharu lakonannya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 6:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama 'The World of the Married' dan 'Nevertheless' berjaya mengangkat Han So Hee sebagai bintang global. Ramai jatuh cinta dengan kecantikan dan ciri-ciri feminin Han So Hee malah lakonannya mendapat pujian banyak pihak. 

Namun, keupayaan sebenar bintang muda dari Korea Selatan ini terbukti menerusi karya terbaharunya, 'My Name'. Tiada lagi imej cantik, menggoda dan feminin! Kali ini dia dipotretkan sebagai gadis yang lasak, berhati dingin, penuh dengan dendam kesumat dan hidupnya cuma ada satu matlamat iaitu mencari pembunuh bapanya. 

Demi menjayakan watak gelap ini, Han So Hee menaikkan berat badannya sebanyak 10 kilogram dan menjalani latihan fizikal intensif untuk tampil lebih berotot serta tangkas. Lebih mengejutkan, kebanyakan babak bertarung  dilakukan sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

Pendek kata, drama aksi ini meletakkan Han So Hee ke satu tahap berbeza sehingga ramai melihatnya sebagai pelapis pelakon aksi wanita paling menyerlah.

Bahkan menerusi watak Yoo Ji Woo, Park Hee Soo berjaya membuktikan kredibilitnya sebagai pelakon berbakat yang mampu membawakan apa sahaja watak dan tidak bergantung kepada paras rupa semata-mata.

Tidak kurang yang bersetuju bahawa dia sesuai beraksi dalam filem dan drama aksi selepas ini.

Seawal episod pertama, Park Hee Soo sudah menampakkan karismanya membawakan watak Yoo Ji Woo. Dia berjaya menzahirkan emosi 'kelat' seorang remaja yang sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah kerana latar belakangnya.

Tidak hanya itu, dia juga terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa yang mencari bapanya. Meski sebal dan memberontak dicop anak penjenayah, jauh di sudut hati dia tahu bapanya sangat menyanginya. Permulaan yang meyakinkan dan mampu menambat mata penonton untuk terus mengikuti perkembangan watak ini. 

Turut dibintangi Park Hee Soon dan Ahn Bo Hyun, drama arahan Kim Jin Min ini memaparkan keperitan hidup Yoo Ji Woo (Han So Hee) selepas menyaksikan bapanya mati dibunuh di hadapan rumah mereka. 

Yoo Ji Woo nekad membalas dendam dan meninggalkan segala-galanya dengan menyertai dunia penjenayah. Bukan laluan yang mudah apabila dia terpaksa hidup dengan ahli kumpulan Dongcheopa yang diketuai rakan baik mendiang bapanya, Choi Mu-Jin (Park Hee Soon) .

Meskipun dia satu-satunya wanita dalam kumpulan itu dan sering diperlekehkan, Yoo Ji Woo tidak pernah mengalah sebaliknya berusaha menguasai segala teknik pertarungan dengan baik. 

Dengan bantuan Choi Mu Jin, dia berjaya menyertai pasukan polis kerana percaya pembunuh bapanya anggota polis. Dalam masa sama, dia menjadi pengintip Choi Mu Jin yang merupakan pembekal dadah paling berpengaruh. 

Jika anda mahu melihat sejauh mana kehebatan Han So Hee sebagai pelakon aksi dan ‘twist’ yang dipaparkan dalam karya yang mendapat pujian ramai ini, jangan lepaskan peluang menonton drama lapan episod ini di Netflix. 

Gambar: Netflix

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN