web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Genre Kemasyarakatan Malaysia Dibawa Ke Luar Negara

FINAS akan menghantar filem-filem yang terpilih ke Kedutaan Malaysia terlebih dahulu, sebelum ditayangkan di mana-mana negara yang bersesuaian.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 8:36AM

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Zakaria Abdul Hamid (kiri) menyampaikan bantuan kewangan kepada Hasmah Hassan (kanan) iaitu balu Allahyarham Mamat Khalid. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan menjalinkan kerjasama dengan Wisma Putra untuk menayangkan filem berunsurkan kemasyarakatan dan kenegaraan di luar negara, yang dijangka dilaksanakan tahun depan.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata pihaknya akan menghantar filem-filem yang terpilih ke Kedutaan Malaysia terlebih dahulu, sebelum ditayangkan di mana-mana negara yang bersesuaian.

“Ini sebenarnya sesuatu yang agak ketinggalan kerana kita mempunyai ruang untuk mempromosi filem bukan hanya di festival sahaja, tetapi boleh mengunakan Kedutaan Malaysia menerusi Unit Budaya untuk ditayangkan di negara yang dikenal pasti.

“Kita juga belum menetapkan berapa jumlah filem yang akan ditayangkan di luar negara tetapi secara prinsipnya bekas Menteri Komunikasi Multimedia dan Komunikasi  yang kini Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah, sudah bersetuju untuk membantu mempromosikan filem keluaran Malaysia di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1, Ipoh, semalam.

Pengarah dan penerbit filem Mamat Khalid atau nama sebenarnya  Mohamad Mohamad Khalid, 58, meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah malam Sabtu, akibat serangan jantung dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh di sini pada pukul 2.25 petang semalam.

Sementara itu, Zakaria berkata FINAS akan mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga Allahyarham Mamat Khalid untuk menjalankan penggambaran filem epik bertajuk 'Pasir Salak Pasir Berdarah' yang mana skrip filem itu sudah siap sepenuhnya sejak 2017.

“FINAS memberi pembiayaan kepada Allahyarham Mamat Khalid untuk menyiapkan satu skrip filem berunsurkan kenegaraan, semuanya sudah siap cuma filem itu belum sempat menjalani penggambaran sahaja lagi.

“Insya-Allah tahun depan sekiranya anak arwah Mohd Khaled Amen berani untuk meneruskan kerja-kerja penggambaran itu, kita boleh mempertimbangkan dana untuk membiayai filem tersebut, dan ia mungkin sebagai 'hadiah' kepada Allahyarham,” katanya menambah penggambaran filem epik itu memerlukan perbelanjaan kira-kira RM4 juta.

Sementara itu, Hasmah berkata beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada FINAS kerana menyampaikan sumbangan, seterusnya menghargai pekerja seni seperti arwah suaminya.

“Sebenarnya ini merupakan sumbangan kali kedua, kali pertama semasa arwah terlantar sakit di hospital dua tahun lalu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN