web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muzz Amer Teruja ‘Prebet Sapu’ Ditayangkan Di Panggung

'Prebet Sapu' arahan Muzz Amer yang diterajui Amirul Affendi dan Mei Fen Lim kini sedang menjelajah di beberapa festival antarabangsa, namun bakal bertembung dengan filem 'Spider-Man' pada hari tayangan 16 Disember nanti.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 3:51PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem, Muzzamer Rahman atau Muzz Amer mengakui dia berasa teruja dan tidak sabar menanti filem arahan pertamanya, Prebut Sapu ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 16 Disember ini. 

Pengarah filem, Muzzamer Rahman
Pengarah filem, Muzzamer Rahman

“Saya teruja kerana ingin sekali tahu bagaimana penerimaan dan maklum balas penonton dan peminat filem di Malaysia terhadap filem ini. 

“Sebelum ini, kita sudah tahu penerimaan dan maklum balas penonton festival terhadap Prebet Sapu. Tapi, kita juga ingin tahu dari sudut perspektif penonton dan peminat filem di negara ini. 

“Memang saya tak sabar menunggu filem ini ditayangkan. Tapi, saya juga berasa agak gusar kerana tarikh tayangan filem Prebet Sapu ini bertembung dengan filem Marvel, Spider-Man: No Way Home

“Saya harap tayangan filem Marvel ini tidak akan menjejaskan tayangan Prebet Sapu. Malah, ia mungkin suatu cara untuk memberi pilihan kepada penonton untuk menonton dahulu Spider-Man dan kemudian Prebet Sapu atau Prebet Sapu dan kemudian Spider-Man,” katanya kepada Getaran. 

Dalam keterujaan menanti filem ini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, Prebet Sapu yang diterajui Amirul Affendi dan Mei Fan Lim ini juga telah menjadi pilihan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk menyertai Innovative International Film Festival ke-4 di Bangalore, India pada 15 hingga 17 Oktober lalu. 

Bahkan, filem terbitan Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio ini juga telah dipelawa untuk menyertai Asian Film Festival Barcelona (Netpac Section) pada 27 Oktober hingga 7 November. 

Disusuli dengan Toronto Reel Asian Film Festival ke-25, Kanada pada 10 hingga 19 November serta Curator’s Choice - National Museum Of Asian Art, di Smithsonian American Art Museum, Amerika Syarikat pada 12 hingga 28 November. 

Menurut Muzz Amer, pelawaan untuk menyertai Asian Film Festival Barcelona (Netpac Section), Toronto Reel Asian Film Festival dan Curator’s Choice - National Museum Of Asian Art ini bertitik-tolak daripada penyertaan mereka di dalam Far East Udine Film Festival.

“Kebanyakan penganjur ini menonton filem kami di sana dan kebanyakan penonton serta pengkritik filem telah memberikan maklum balas positif. Atas sebab itu, mereka mempelawa kami menyertai festival-festival ini. 

“Bagi Asian Film Festival Barcelona (Netpac Section), ia memang diwujudkan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Sepanyol terhadap filem Asia. Malah, mereka sendiri yang berusaha untuk meletakkan terjemahan bahasa Sepanyol ke dalam filem-filem Asia yang dipilih termasuk Prebet Sapu

“Manakala, Curator’s Choice adalah sebahagian daripada siri yang menampilkan filem-filem pengarah Asia mapan seperti Hong Sangsoo, Sion Sono dan juga filem debut daripada bakat baru Asia,” katanya.

Menurut Muzz Amer lagi, penerimaan Prebet Sapu atau judul Inggerisnya, Hail, Driver! di festival-festival filem antarabangsa ini adalah disebabkan filem drama sosial ini menampilkan kisah pergelutan hidup anak muda yang mencari rezeki di kota metropolitan. 

“Ia turut berlaku di negara-negara metropolitan lain. Mungkin atas dasar itu, mereka boleh ‘relate’ dengan Prebet Sapu

“Sebetulnya, inspirasi menghasilkan Prebet Sapu ini tercetus daripada filem Martin Scorsese, Taxi Driver. Menerusi watak Travis Bickle, saya cuba bayangkan bagaimana jika orang Melayu yang duduk di Kuala Lumpur. 

“Kebetulan tidak banyak filem tempatan yang memberikan tumpuan tentang realiti kehidupan sebenar di Kuala Lumpur.

“Jadi, itu saya cuba tumpukan tentang isu ini di dalam Prebet Sapu dengan mengangkat permasalahan tentang imigran, kos sara hidup yang tinggi, tempat tinggal yang mahal dan di ibu kota inilah semua orang datang dari seluruh pelosok negeri untuk mencari rezeki,” katanya. 

Namun, idea yang dicetuskan Muzz Amer ini menggunakan pilihan raya 2018 sebagai latar belakang dan suasana cerita yang menghubungkan dua watak iaitu pemuda Melayu bernama Aman yang dilakonkan Amirul Affendi dengan gadis keturunan Cina, Bella (Mei Fen Lim).

“Mereka berkongsi pelbagai cerita tentang kehidupan, pemikiran dan apa yang mereka rasai terhadap kehidupan di kota metropolitan ini. 

“Filem ini mempunyai elemen persahabatan, hubungan antara kaum, kehidupan orang Melayu dan Cina serta kritikan sosial.

“Mei Fen berasa selama ini dia hanyalah menumpang hidup di negara ini tetapi akhirnya dalam filem ini akan mengupas kisah bahawa mereka sebenarnya duduk menumpang di kota raya itu,” katanya. 

Prebet Sapu juga dihasilkan hitam putih. Jelas Muzz Amer, ia adalah atas pilihannya sendiri. 

“Saya memang tertarik dengan fotografi terutama jika ia dihasilkan dalam bentuk hitam putih dan saya mahu melihat Kuala Lumpur dalam pandangan hitam putih. 

“Seperkara lagi ia juga simbol hubungan manusia yang tidak harus dibezakan dengan warna kulit. Di antara hitam dan putih, ada juga jalur kelabu kehidupan manusia,” katanya. 

Sambung Muzz Amer lagi, biarpun Prebet Sapu adalah sebuah filem indie, namun mereka tetap mempraktikkan nilai sinema sebenar dari sudut penggambaran dan bajet produksi, khususnya untuk audio produksi.

“Walaupun berhadapan dengan kekangan bajet, kami tetap menyediakan strategi pemasaran untuk filem ini dan berusaha untuk belajar bagaimana menguruskan pengedaran filem ini. 

“Kalau kita lihat, banyak filem yang bertanding atau menyertai festival tidak ditayangkan di pawagam. Rakyat marhaen tidak dapat menonton filem itu. 

“Walaupun kita bergerak secara indie atau bebas, tapi kami tak mahu buat filem ini secara sembunyi-sembunyi. Proses untuk menayangkan filem ini perlu melalui proses yang sama dengan produksi filem arus perdana. 

“Namun, setelah melalui proses ini, saya sendiri berasakan bahawa proses tayang filem lebih mahal daripada proses bikin filem. Melakukan pemasaran dan pengedaran juga lebih sukar daripada bikin filem,” katanya sambil tertawa. 

Prebet Sapu turut dibintangi Megah Shahrizal, Chew Kin Wah, Namron, Bront Palarae, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa dan Roslan Madun. 

Filem yang dihasilkan dengan kos pembikinan sebanyak RM500,000 tidak termasuk kos pemasaran ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 16 Disember ini. - Getaran, 18 Oktober 2021

Gambar: Ihsan Muzz Amer dan Facebook Prebet Sapu

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN