web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'I Am Vash': Produksi Tempatan, Dana Antarabangsa

'I Am Vash' bakal mengetengahkan situasi yang berlaku di bandar Pelabuhan Klang di Malaysia yang dipenuhi dengan kegiatan jenayah sekitar tahun 1970-an.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 6:37PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah produksi anak tempatan, Revolution Media dipilih sebagai penerbit bersama untuk siri aksi-jenayah asli berjudul 'I Am Vash'. Penerbit bakal menerima dana daripada sebuah syarikat penjana kewangan pengurusan hak media iaitu 108 Media.

'I Am Vash' bakal mengetengahkan situasi yang berlaku di bandar Pelabuhan Klang di Malaysia sekitar tahun 1970-an. Ketika itu, bandar itu dipenuhi dengan kegiatan jenayah.

Watak utama ialah Vash, seorang pegawai polis wanita yang sentiasa menghadapi tekanan masyarakat ketika cuba menyelesaikan kes terbesar sepanjang kerjayanya. Kes itu membabitkan ketua geng penjenayah yang membuat onar di seluruh negara untuk memenuhi impiannya menguasai dunia kongsi gelap Asia Tenggara.

Projek 'I Am Vash' ini bakal diterajui oleh Adrian Teh, salah seorang pengarah paling berjaya dan prolifik di Malaysia yang sebelum ini berpengalaman mengarahkan filem aksi seperti Paskal dan Wira

Pengarah, Adrian Teh
Pengarah, Adrian Teh

“Watak utama diterajui kaum minoriti dengan premis zaman retro beserta aksi? Ini sesuatu yang sangat mencabar buat saya sebagai seorang pengarah. Sudah tentu saya mahu turut serta,” kongsi Adrian dalam satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, pelakon yang dipilih untuk projek ini juga bukan calang-calang. Dua bintang tersohor negara bakal terbabit dalam pembikinan siri ini.

Sangeeta Krishnasamy yang sebelum ini pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 akan memainkan watak utama Vash.

Sangeeta Krishnasamy
Sangeeta Krishnasamy

Turut hadir dalam siri ini ialah Bront Palarae, memegang watak Rahman yang bakal menghadiahkan sebuah lakonan yang mengesankan. 

Bront Palarae
Bront Palarae

“Saya sangat teruja untuk beraksi dalam 'I Am Vash' sambil menghidupkan cerita yang pernah berlaku di Asia Tenggara buat tontonan dunia. Apatah lagi saya diberi peluang bekerjasama dengan pasukan 108 Media serta Revolution Media. Saya yakin kami akan menjadikannya satu pengalaman luar biasa,” kata Bront Palarae.

Menurut Justin Deimen yang juga merupakan presiden penerbitan 108 Media, kisah ini dilihat unik dan signifikan kerana ia membawakan suara daripada kaum minoriti di Malaysia.

Apalagi ia dilakonkan oleh bintang berbakat besar seperti Sangeeta. Kisah ini dilihat boleh menyatukan unsur budaya dan komersial yang mampu mencuri perhatian pasaran seni lakon layar antarabangsa.

Diilhamkan oleh peristiwa bersejarah, watak-watak ikonik dan wira-wira dalam cerita ini adalah benar. Siri aksi ini digarap oleh barisan penulis dengan menggunakan pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil dan juga dialek Bahasa Cina.

Pengedaran 'I Am Vash' akan dilakukan oleh 108 Media di peringkat antarabangsa, manakala Revolution Media akan memberi fokus kepada Malaysia dan penduduk di rantau ini. 

Berpangkalan di London dan Singapura dengan pejabat jualan serta penerbitan utama di Toronto, Los Angeles, Tokyo, Kuala Lumpur, serta Manila, 108 Media akan menanggung kos kewangan serta menerbitkan projek ini melalui bahagian penjanaan kewangannya ke arah pasaran antarabangsa, berlandaskan fokus utama untuk memperkasakan para pencipta baharu dengan harta intelek yang merentas budaya. - Getaran, 15 Oktober 2021

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN