Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ray Lee Mahu Perbanyakan Kisah Masyarakat Iban Dalam Karyanya  

Ray Lee kini sibuk menguruskan siri tayangan jelajah Belaban Hidup di beberapa festival di luar negara iaitu di Amerika Syarikat, Rusia, Mexico dan Jepun setelah filem itu termasuk dalam senarai pemilihan rasmi.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 3:55PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecaman dan kritikan hebat yang diterima Ray Lee terhadap filem seram pertama terbitan dan arahannya, Belaban Hidup: Infeksi Zombie ternyata tidak mematahkan semangat pengarah kelahiran Sarawak ini untuk terus berkarya demi kecintaan mendalamnya terhadap seni filem. 

Malah, kata Ray Lee, dia sudah tidak lagi dibelenggu dengan isu tersebut dan kini sibuk memberi tumpuan terhadap projek telefilem komedi Iban untuk TV Sarawak beserta perancangan  projek filem terbaharu. 

“Ada diskusi yang dilakukan dengan pihak luar untuk projek filem terbaharu ini nanti. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana segalanya masih dalam perbincangan.  

“Kita juga tidak mahu terburu-buru untuk bikin filem ini. Tapi, apa yang pasti, bajet untuk menghasilkan filem baharu ini nanti agak besar,” katanya kepada portal Getaran. 

Malah, Ray Lee juga mengakui bahawa dia juga dalam perancangan menghasilkan sebuah projek khas untuk mengangkat kisah seram dalam budaya iban yang masih lagi dirahsiakan konsep, medium dan platform yang bakal digunakannya. 

“Idea ini saya perolehi apabila melihat respons yang diberikan orang luar terhadap Belaban Hidup. Mereka cukup tertarik dengan konsep yang saya ketengahkan dalam filem ini. 

“Jadi, saya pun ambil keputusan untuk menghasilkannya. Namun, perancangannya memang akan mengambil masa dan saya sendiri tidak pasti bila ia dapat disiapkan," katanya lagi. 

Dalam pada itu, Ray Lee mengakui sedang sibuk menguruskan siri tayangan jelajah Belaban Hidup di beberapa festival luar negara setelah filem itu termasuk dalam senarai pemilihan rasmi. 

“Belaban Hidup sudah pun dibawa ke Amerika Syarikat dan ditayangkan di sana pada Ogos lalu. Ia menyusul dengan Russia International Horror Film Awards di Rusia, Macabro Mexico City (Mexico) dan akan berakhir di Yubari Fantastic Film Festival di Jepun. 

“Daripada maklum balas yang diterima, mereka suka dengan filem ini. Mungkin kerana ia berbeza dengan apa yang pernah mereka tonton sebelum ini kerana sebuah filem seram menyelitkan elemen aksi, percintaan dan budaya etnik Iban di Sarawak.

“Biasanya mereka di luar negara gemarkan sesuatu kelainan yang tidak pernah dilihat atau tonton sebelum ini. Tidak kurang juga yang mengaitkan Belaban Hidup dengan filem seram klasik, Evil Dead. Kata mereka, Belaban Hidup mempunyai feel yang begitu,” katanya kepada portal Getaran. 

Menurut Ray Lee lagi, dia bagaimanapun mengakui bahawa Belaban Hidup bukanlah sebuah filem yang sempurna dan mempunyai kelemahan dari sudut  teknikal dan pengarahan. 

“Asalnya ia adalah sebuah filem pendek. Apabila melihat potensi yang ada pada premis filem ini, saya fikir ia sesuai dijadikan filem cereka. 

“Namun, sebagai seorang penerbit dan pengarah filem bebas (Indie), kita juga terikat dengan beberapa masalah lain termasuklah kekangan bajet. Kalau saya diberi bajet yang besar, sudah tentu saya mahu hasilkan Belaban Hidup dengan lebih baik lagi,” katanya. 

Belaban Hidup dibintangi Putri Adrianna, Altimet, Pablo Aamir, Faha Zahar, Rezyza Fenge dan Katrina Grey. Selain itu, diperhebatkan lagi dengan kehadiran Cast Kazama, Ray Lee Voon Leong, Inchak Mandie, Leighton Manjah, Anna Melissa dan Nelissa Nizam. 

 Ia mengisahkan mengenai malapetaka besar yang menimpa bumi Borneo apabila penduduk di situ diancam virus alam Zombie hasil daripada biologi secara haram oleh sekumpulan pengganas orang asing. 

Mengenai pertikaian segelintir pihak tentang kejayaan filem ini merangkul 20 anugerah bagi kategori filem seram terbaik, Ray Lee berkata, kebanyakan anugerah yang diterima itu adalah daripada festival-festival yang dikhususkan untuk karya seram. 

“Ada di antaranya memang agak asing bagi orang kita kerana kita biasanya lebih didedahkan dengan anugerah seperti Cannes, Busan International Film Festival dan Sundance Filem Festival.

“Jadi, ada yang anggap anugerah yang saya terima di festival-festival ini adalah seperti anugerah picisan sedangkan kebanyakannya diiktiraf. Native Spirit Film Festival yang disertai Belaban Hidup misalnya ia memang mendapat pengiktirafan serta dihadiri beberapa nama besar dalam industri perfileman dunia termasuk Angelina Jolie,” katanya.

Dia juga mengakui mahu memperbanyakkan lagi kisah-kisah masyarakat Iban di dalam karya-karyanya. 

“Kalau orang tanya kenapa. Jawapannya adalah  isteri saya, Misha Minut  adalah orang Iban dan kerana itu saya  sangat memahami subjek ini,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: 9 Tuntutan Asas Selesai Sepenuhnya

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 7 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar