web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Free Guy': Adakah Kita Sebenarnya Nyata?

Jika kita mahu melihat lebih dalam, ada lapis-lapis makna yang cuba disampaikan filem ini iaitu persoalan adakah kita sebenarnya sedang benar-benar hidup?

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 12:58PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika penulis memasuki panggung, terdetik sedikit kekhuatiran sekiranya terdapat beberapa perkara ternikal yang mungkin gagal difahami penulis ketika menonton Free Guy memandangkan filem ini menceritakan mengenai kehidupan di dalam dunia permainan video. Ini kerana, penulis bukan seorang gamers.

Namun begitu, filem arahan Shawn Levy ternyata begitu bersahaja membawa penulis larut di dalam dunia permainan video yang dinamakan 'Free City' atau Kota Bebas di mana pemain diberi keizinan melakukan apa sahaja iaitu merompak, pukul orang, bunuh, tembak kerana jenayah bebas di kota ini.

Pun begitu, pemain juga bebas jika mahu menjadi hero. Dalam Kota Bebas, jika seseorang itu memakai kaca mata hitam, maka dia berpotensi menjadi seorang hero. 

Ryan Reynolds dalam filem ini membawakan watak yang cukup unik bernama Guy, seorang non-playable characters atau NPC yang memang dicipta sekadar melengkapi permainan berkenaan.

Pendek kata, dia bukan watak utama (memandangkan watak utama ialah pemain untuk menjadi hero dalam Kota Bebas).

Guy akan mengulang rutin yang sama setiap hari, bangun mengucapkan selamat pagi kepada ikannya dan minum kopi dengan dua sudu gula. Guy mengelak mendekati sesiapa yang memakai kaca mata hitam kerana jika mereka bukan penjenayah, mereka hero.

Kaca mata membuatkan seseorang boleh memandang hidup di Kota Bebas dengan cara yang berbeza. Bagi Guy, itu menakutkan.

Namun, semuanya berubah ketika dia berselisih dengan avatar wanita bernama MolotovGirl. Guy akhirnya jatuh cinta. Daripada seorang pemain NPC yang hampir dilupakan, Guy entah kenapa berkobar-kobar membantu wanita itu untuk mencari bukti jenayah yang dilakukan oleh lawannya iaitu Antwan. 

Guy menceritakan detik itu kepada kawan rapatnya Buddy namun dia terdiam. Ini bukan perkara yang sepatutnya dilakukan orang di Kota Bebas. “Kita tidak sepatutnya menjadi hero,” lebih kurang itulah yang dikatakan Buddy dalam satu babak.

Namun Guy, tetap dengan tekadnya menjadi hero demi seorang perempuan. Guy akhirnya memilih memakai kaca mata hitam yang digeruninya suatu masa dulu.

Plot ini kemudian berkembang lagi apabila pemilik Kota Bebas ingin menghapuskan permainan ini. Guy akhirnya tercenggang mengetahui bahawa dia adalah sekadar watak di dalam permainan orang lain. Dia tidak wujud.

Maknanya dia terpaksa melupakan buah hatinya yang sebenarnya hidup di dunia berbeza. Guy kembali menemui Buddy. Beberapa dialognya begitu menggugah jiwa,

“Apakah engkau tidak kecewa Buddy setelah mengetahui kita tidak nyata.”

“Tidak.”

“Mengapa begitu?”

“Aku tidak peduli sama ada aku nyata atau tidak, sama ada Kota Bebas ini nyata atau tidak tapi kenangan ini, masa yang sedang kita lalu ini, perasaan ini adalah nyata,”

Ia adalah babak terkuat dan paling memberkas yang diingati penulis.

 

Adakah hidup ini nyata?

Free Guy sebenarnya tidak hanya sekadar cerita tentang dunia pemainan video semata-mata. Jika kita mahu melihat lebih dalam, ada lapis-lapis makna yang cuba disampaikan iaitu persoalan adakah kita sebenarnya sedang benar-benar hidup?

Adakah jika kita bangun setiap hari dan melakukan perkara rutin, kita dikira hidup? Adakah hidup bererti kita harus menjadi gembira setiap masa dan tidak boleh jatuh cinta?

Guy mengajar kita, untuk hidup, kita harus berani untuk memakai kaca mata dan melihat hidup tidak hanya sekadar satu warna.

Dalam sisi yang lain juga, melalui cerita ini juga pengarah menunjukkan budaya permainan video yang juga sedikit sebanyak mengkritik orang yang asyik di dalam bilik menghabiskan masa bermain permainan ini hingga lupa untuk keluar dan menikmati hidup.

Bayangkan, ada satu babak di mana seorang lelaki sangat hebat di Kota Bebas namun realitinya dia adalah seorang lelaki dewasa yang masih menumpang di rumah ibu-bapanya juga tidak tahu membersihkan biliknya sendiri. 

Free Guy sememangnya ialah filem yang santai, indah juga cerdik untuk dinikmati. Pengarah mampu memahamkan penonton mengenai dunia permainan video tanpa perlu terasa dipaksa-paksa. Dialognya juga menarik dan kelakar pada masa yang sama. 

Jika anda terlupa bagaimana agaknya perasaan untuk benar-benar hidup, pergilah ke pawagam dan tontonlah filem ini. Mungkin anda akan menemui jawapannya sendiri sepanjang filem ini dimainkan. - Getaran, 7 Oktober 2021

Rating: 4 Getar

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN