web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Razak Mohaideen Disebut-Sebut Bakal Jadi CEO Baharu FINAS

Datuk Dr. A. Razak Mohaideen telah disebut-sebut sebagai calon CEO FINAS baharu berdasarkan pengalaman serta portfolio yang dimilikinya sebagai pengarah filem dan ahli akademik.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:57AM

Adakah Razak Mohaideen bakal pengganti Ahmad Idham sebagai CEO FINAS?

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai tertanya-tanya siapakah yang bakal mengisi jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), selepas Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilaporkan akan meletak jawatan buat kali yang kedua.

Beliau dikatakan bakal menjadi pegawai bertaraf diplomat di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).

Sejak itu, banyak perbincangan telah dilakukan dalam kalangan penggiat industri perfileman tempatan mengenai calon yang paling layak dan sesuai untuk menduduki ‘kerusi panas’ itu.

Namun, sumber yang diperolehi Getaran memberitahu, Prof. Madya Datuk Dr. A. Razak Mohaideen telah disebut-sebut sebagai calon CEO FINAS baharu untuk mengambil tempat Ahmad Idham.

Ini berdasarkan pengalaman, kredibiliti serta portfolio yang dimilikinya sebagai seorang pengarah filem dan ahli akademik.

Razak Mohaideen telah menghasilkan lebih 30 filem termasuk Gemerlapan, Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir, Cinta Kolestrol, Cinta Kuliah dan Hingga Hujung Nyawa.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Pemilihan beliau nyata bersesuaian serta menepati kriteria yang diperlukan sebagai CEO FINAS baharu sebagaimana yang dikongsikan pengarah filem dan produser eksekutif Current Pictures Sdn Bhd, Haris Sulong di dalam suatu perbincangan terbuka bersama Bront Palarae dan beberapa penggiat seni filem lain menerusi platform Clubhouse yang diadakan baru-baru ini.

Haris yang juga ahli lembaga pengarah di FINAS berpendapat, orang yang dilantik sebagai CEO haruslah mempunyai latar belakang industri perfileman dan memahami selok-belok dan tata kerja kerajaan.

Memandangkan Razak Mohaideen adalah mantan Dekan di Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM, pastinya beliau sangat memahami tata kerja kerajaan dan beliau sendiri adalah seorang pengarah filem yang cukup prolifik. 

Dari satu sudut lain, ada juga penggiat filem yang berpendapat bahawa jawatan sebagai CEO FINAS kali ini harus diberikan kepada calon wanita. Redza Minhat telah mengemukakan pandangan ini dan ia telah dipersetujui Bront. 

Malah, Bront turut menyebut nama Lorna Tee dan Datuk Paduka Shuhaimi Baba (lebih mesra disapa Shumi) sebagai antara calon yang layak berdasarkan kepada pengalaman, kredibiliti dan portfolio mereka. 

Datuk Paduka Shuhaimi Baba
Datuk Paduka Shuhaimi Baba

Jika berpandukan kepada kriteria yang dikemukakan Haris, maka Shumi mungkin dilihat paling layak kerana beliau pernah menjadi kakitangan kerajaan serta bertugas di RTM sebelum menjadi pengarah filem dan melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London. 

Namun, Shumi baru sahaja memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif PETRA Media, entiti hiburan di bawah PETRA Group. 

Penyertaannya di dalam syarikat tersebut adalah untuk memantau penghasilan idea dan hala tuju syarikat-syarikat di bawah PETRA Media melalui rundingan strategik di dalam lingkungan proses penciptaan kandungan.

Sumber lain bagaimanapun memberitahu bahawa jawatan sebagai CEO FINAS ini akan diiklankan secara terbuka dalam waktu yang terdekat ini.

Jika benar, adakah ini petanda bahawa jawatan CEO FINAS  mungkin akan dipegang oleh seseorang yang bukan daripada industri kreatif atau hiburan? 

Adakah calon yang tidak mempunyai latar belakang di dalam industri kreatif dilihat lebih berwibawa untuk mengemudi FINAS ke satu tanda aras baharu? 

Ada beberapa penggiat filem yang bersetuju dengan pandangan ini dan ada juga yang tidak. 

Apapun, satu yang pasti, nasib industri perfileman di Malaysia sememangnya terletak di tangan CEO FINAS baharu nanti. Kita tunggu dan lihat! - Getaran, 4 Oktober 2021

Semua gambar: Gambar Fail

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN