web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siri Animasi 'Mechamato' Disiarkan Secara Rasmi 4 Disember 

Siri perdana 'Mechamato' dijadualkan bersiaran secara rasmi pada 4 Disember ini bagi Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia serta New Zealand, disusuli Korea Selatan pada 11 Disember dan Jepun Mac 2022.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 3:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri animasi yang dinantikan ramai 'Mechamato' keluaran Animonsta Studios Sdn. Bhd. (Monsta) sudah siap untuk dilancarkan di platform WarnerMedia’s Cartoon Network bagi Asia Pacific Disember ini.

Dalam satu kenyataan hari ini Monsta berkata, siri perdana rancangan itu dijadualkan disiarkan secara rasmi pada 4 Disember ini bagi Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia serta New Zealand, disusuli dengan siaran rasmi di Korea Selatan pada 11 Disember, sebelum sampai ke Jepun pada Mac 2022.

Menurutnya, episod ‘sneak peek’ siri itu akan disiarkan khas bupeat pelanggan Cartoon Network pada 6 November ini.

Ketua pegawai kandungan Monsta, Anas Abdul Aziz pada persidangan maya Kre8tif! 2021 baru-baru ini yang dihoskan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mempamerkan buat kali pertama poster rasmi utama untuk rancangan 'Mechamato The Animated Series', bersama dengan tarikh siaran rasmi untuk semua negara yang melanggan kandungan itu.

Semasa persidangan itu watak utama siri berkenaan, Amato dan MechaBot telah membuat penampilan istimewa yang mencuri tumpuan ramai dan dengan bangga menyanyikan lagu tema siri itu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kepada penonton.

Menurut Monsta, lagu tema utama untuk 'Mechamato The Animated Series' dihasilkan sendiri oleh mereka dengan versi Bahasa Melayu dinyanyikan oleh Shah dari band indie Malaysia, Modescape, manakala versi bahasa Inggeris dinyanyikan oleh Nil Cardoso dan dirakam di Amerika Syarikat (AS).

Mechamato menceritakan pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah robot dengan kekuatan untuk menggerakkan setiap objek kehidupan seharian menjadi peranti berteknologi tinggi.

Sementara itu, Anas semasa bercerita mengenai cabaran menghasilkan siri ini ketika pandemik COVID-19 berkata, ia memang merupakan cabaran besar bagi pasukan kerana Malaysia berada dalam keadaan sekatan penuh selama lebih setengah tahun dan semua orang perlu bekerja dari rumah.

"Walaupun perlu bekerja secara jarak jauh dan berkomunikasi melalui panggilan video dalam talian, kami gembira pasukan ini berjaya mengharungi banyak masalah dan cabaran yang tidak dijangka selama tempoh produksi, dan berjaya menyiapkan episod itu untuk Cartoon Network," katanya.

'Mechamato' kini dibuka untuk pra-penjualan, dan beberapa pemegang hak yang berbeza seperti Video On Demand (VOD), Over-The-Top (OTT) dan TV Percuma masih tersedia untuk penyiar dan platform kandungan. 

Sementara itu, Monsta telah bekerjasama dengan pengedar terkemuka global yang terkenal, Jetpack Distribution sebagai pengedar mereka di seluruh dunia untuk memasarkan siri ini di luar wilayah Asia Pasifik. - Bernama

Gambar: Twitter @Mechamato

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Animasi Tempatan Mechamoto Movie Tembusi Layar Perak Jepun

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Treler BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 2 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN