web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem 'Shang-Chi' 'Raja' Carta AS Dan Kanada Buat Minggu Ke-3

Sempena pembukaan pawagam tempatan, kami kongsikan carta filem terlaris di Amerika Syarikat dan Kanada minggu lalu. Bolehlah jadikan panduan tontonan anda minggu ini dan hari-hari mendatang.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 7:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem blockbuster Disney, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings masih menakluki carta kutipan tiket pawagam Amerika Syarikat dan Kanada minggu lalu. Ini minggu ketiga filem ini berada di tangga teratas dengan kutipan RM91 juta sehingga Ahad lalu.

Shang-Chi memaparkan watak superhero Asia pertama dalam dunia Marvel.  Menurut penjejak industri, Exhibitor Relations, filem ini yang dibintangi oleh pelakon Kanada, Simu Liu, sehingga ini telah berjaya mengutip RM742 juta dari pawagam Amerika Syarikat dan Kanada.

Filem ini menjadi sebutan para peminat Marvel Cinematic Universe dan peminat filem tempatan apabila menyedari bahawa salah satu watak dalam filem itu dimainkan oleh Ronny Chieng, seorang pelakon kelahiran Johor Bharu.

Selain daripada Ronny Chieng, filem ini turut dibintangi  oleh seorang lagi bintang Malaysia, Michelle Yeoh, serta pelakon handalan Hong Kong, Tony Leung.

Di tangga kedua carta filem Amerika Syarikat dan Kanada ini ialah filem cereka sains komedi Free Guy, lakonan Ryan Reynolds. Kisah tentang pekerja bank yang menyedari dia sebenarnya watak dalam permainan video ini mengutip RM22 juta minggu lalu.

Tempat ketiga diisi oleh Cry Macho, filem drama yang dibintangi oleh legenda perfileman Clint Eastwood. Filem ini telah berjaya mengutip RM19 juta.

Filem-filem lain yang berada dalam carta ini adalah seperti berikut:

Candyman (RM15 juta, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan RM222 juta)

Malignant (sekitar RM11.3 juta)

Copshop (RM9.6 juta)

Jungle Cruise (RM8.8 juta, menjadikan jumlah kutipan keseluruhan RM472 juta)

Paw Patrol: The Movie (RM7.1 juta)

Don't Breathe 2 (RM5 juta)

The Eyes of Tammy Faye (RM2.1 juta) – AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Blood Brothers Kutip RM62 Juta Selepas Hampir Sebulan 

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN