Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Merdeka Menarik Di TV3, TV9, TV Al-Hijrah Dan Awesome TV

Seperti biasa, minggu-minggu menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan dipenuhi dengan pelbagai tontonan bertemakan semangat patriotik. Berikut adalah seleksi tahun ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 6:50PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersempena Hari Kemerdekaan Negara yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, Media Prima Berhad telah menganjurkan kempen 'Kita Malaysia #BaikSemula' dengan menyajikan pelbagai program inspirasi daripada genre berita, bual bicara, majalah, keagamaan, hiburan dan drama untuk tontonan semua di TV3, TV9, dan ntv7.

Lagu #BaikSemula ciptaan Faizal Tahir beserta dengan pelancaran muzik video versi baharu telah menyemarakkan lagi kempen tersebut.

Jom kita ikuti program-program menarik di TV3, TV9 dan ntv7 sepanjang minggu ini dan hari-hari menjelang Hari Malaysia.

 

TV3  

Majalah 3 – Bangunan Sultan Abdul Samad - Isnin, 30 Ogos (9 malam)  

Memaparkan kisah Bangunan Sultan Abdul Samad yang kukuh berdiri di tengah-tengah kepesatan ibu negara Kuala Lumpur. Berusia 127 tahun, bangunan  ini menjadi simbol kemakmuran dan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia ini. 

Ia juga telah menyaksikan pelbagai sejarah suka dan duka tanah air. Antaranya laungan “Merdeka” ketika detik 12 malam pada 31 Ogos 1957, turunnya bendera Union Jack, penjajahan Jepun, tragedi 13 Mei, kepesatan pembangunan Malaysia sehingga kini, juga penularan pandemik COVID-19. 

Bersamamu – 29 Ogos sehingga 12 September (6 petang) 

Bersamamu kali ini membawa penonton mendengar pengalaman serta pengorbanan veteran Angkatan Tentera Darat Malaysia, veteran Polis serta veteran Angkatan Tentera Laut Malaysia yang berhadapan musuh negara demi mencapai kemerdekaan!

Malaysia Hari Ini (MHI)Selasa, 31 Ogos (8 pagi) 

Bersiaran selama dua jam, MHI istimewa mengimbau pengalaman insan yang pernah menyertai perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan di peringkat nasional yang diadakan setiap tahun. 

Antaranya adalah juruterbang TUDM yang membuat perbarisan formasi berirama dan pertunjukan udara, kisah inspirasi orang yang memiliki nama perkataan 'merdeka' misalnya Mohd Merdeka serta perkongsian mereka yang berjaya melepasi saat getir diserang virus COVID-19.

 

TV9

Jalur Gemilang – Khamis, 16 September (8.30 malam) 

Program istimewa ini memaparkan sejarah di sebalik nama Jalur Gemilang, bendera kebanggaan Malaysia. Apakah kepentingan bendera dalam perspektif Islam? Dan apakah peranannya dalam pembinaan negara? Semuanya akan terjawab dalam dokumentari ini. 

 

NTV7

Bebaskan Anak Kita – Selasa, 31 Ogos (10.00 malam) 

Mengisahkan tentang Rahim, seorang pengawal keselamatan pencen yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka.  Niatnya ingin berkongsi segala kisah suka duka stadium bersejarah itu kepada mereka dengan harapan generasi ini tidak akan melupakan sejarah awal pembangunan Malaysia. 

Malangnya, usaha Rahim mendapat kecaman daripada anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal. Razak malu dengan semangat dan perbuatan ayahnya. Rahim meninggal dunia sebelum sempat mencapai impiannya itu. 

Razak menyesal dengan perbuatan dirinya dan berusaha untuk merealisasikan impian ayahnya.  Kini, dia sedar bahawa generasi baharu perlu mengetahui  peri pentingnya nilai kemerdekaan dan kepentingan serta kisah disebalik Stadium Merdeka. 

Pelakon: Datuk Rahim Razali, Amar Bahrin, Fizz Fairuz, Jay Nazif, Ilyas Khan, Shamshul Danish, Idan Aedan dan Husna Mustaffa.

Epok – Khamis, 9 September (10.00 malam) 

Epok (Izz Ilham) cuba membaiki hubungan tegang antara dia dan bapanya, Pak Din (Eman Manan), melalui sukan badminton. Dia berasa hairan akan minat dan usaha Pak Din yang bersungguh-sungguh melatihnya bermain badminton, sedangkan dia langsung tidak menunjukkan minat. 

Segalanya berubah apabila satu hari, guru Pendidikan Jasmani mengarahkan semua murid kelasnya untuk bermain badminton. Epok mula meminati sukan tersebut dan dia akhirnya sedar bahawa Pak Din sebenarnya cuba untuk menanam semangat serta memperkukuhkan kekuatan mental dan fizikalnya. 

Dengan pandangan dan keyakinan baharu, Epok mula mengeratkan hubungan dengan ayahnya. Kebetulan pula ketika itu adalah musim Piala Thomas.

Barisan pelakon: Izz Ilham, Eman Manan, Harris Alif, Sean Lee, Farisya Adriana, Akid Ieman dan Roydy Rokidy.

Tok Samad – Khamis, 16 September (10.00 malam) 

Tok Samad adalah bekas kelasi kapal berusia 60-an yang menetap di Eropah. Tok Samad bersama menantunya kembali ke Malaysia setelah adiknya, Salim meninggal dunia. Hanya cucunya yang tinggal iaitu Idris ataupun Derih. 

Bagaimanapun Derih adalah seorang kanak-kanak yang berjiwa tradisional, berbeza dengan Tok Samad yang berperwatakan moden, bercita rasa tinggi dan suka bergaya.

Pertembungan watak berbeza karakter ini menimbulkan gelagat lucu dan pelbagai konflik. Setelah menjalani kehidupan bersama, Derih mula mengubah caranya untuk menjadi lebih moden.  

Ia menjadikan Tok Samad serba salah kerana telah 'menjajah' minda Derih. Demi tanah air tercinta, Tok Samad tidak mahu Derih mengulangi sejarah silam hidupnya yang berkiblatkan gaya hidup Barat.

Barisan pelakon: Datuk Jalaluddin Hassan, Meor Adha, Uqasha Senrose dan Issey Titan.

 

TV Al Hijrah 

TV AlHijrah turut mengajak penonton menghayati erti kemerdekaan menerusi Kempen Merdeka yang telah bermula sejak 23 Ogos sehingga 16 September ini. Kesemua program yang dipaparkan dalam Kempen Merdeka ini memupuk semangat cintakan negara serta meraikan solidariti dan perpaduan.

Antara program menarik yang dihidangkan Pusaka Kita Maruah Kita, Malaysia #QuranHour, Ulama Kemerdekaan, Jauhari Merdeka, E-Kaunter Netizen Istimewa Merdeka, La Tahzan Istimewa Merdeka dan Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia.

Ulama Kemerdekaan – bermula 23 Ogos, setiap Isnin- Selasa (7.25 malam) 

Sebuah dokumentari yang memaparkan biografi tokoh 13 tokoh agamawan Melayu seperti Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Kiyai Haji Salleh dan Tuan Guru Haji Zainal Abidin. 

Dokumentari secara kapsul infografil ini ini turut memaparkan kisah peranan mereka dalam menyebarkan dogma Islam dan perjuangan memerdekakan  Malaya.

Pusaka Kita Maruah Kita – bermula 26 Ogos, setiap Rabu (9 malam) 

Program dokumentari 13 episod ini diarahkan Areel Abu Bakar, pengarah berbakat yang pernah memenangi Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia, New York. Beliau juga adalah pengarah bagi filem Geran yang ditayangkan di TV AlHijrah tahun lalu. 

Dokumentari ini mengangkat nilai budaya beracuan tradisi iaitu silat. Ia akan membawa penonton mengenali 13 jenis silat Melayu, 13 senjata orang Melayu serta 13 tokoh dan orang lama dalam ilmu persilatan Melayu.

Jauhari Merdeka – Selasa, 31 Ogos (5.00 petang)

Dokumentari ini cuba menyoroti kisah perjuangan Sheikh Abdullah Fahim. Selain keunggulannya dalam bidang falak, nama beliau juga tercatat di dalam lipatan sejarah sebagai figura yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Assalamualaikum Khas Merdeka dan Hari Malaysia- 31 Ogos dan 6 September (7 pagi) 

Program membawa tema 'Malaysia Prihatin' dari sudut pandang Al-Quran. Turut dimuatkan juga panggilan menerusi aplikasi Skype bersama frontliner dan karyawan yang terkesan dek COVID-19.

 

Awesome TV 

Melalui kempen #MalaysiakuOhsem, Awesome TV telah menyajikan pelbagai program menarik sepanjang minggu Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 sehingga membawa ke minggu Hari Malaysia. 

Biarpun santai, beberapa filem Melayu lama dan malar segar bertemakan semangat patriotik, kekeluargaan, kemasyarakatan serta nilai-nilai murni telah dihidangkan dengan barisan filem Bollywood, Hollywood serta beberapa filem antabangsa lain. 

Antara program menarik yang ditayangkan Awesome TV sejak kempen #MalaysiakuOhsem ini sejak 25 Ogos lalu adalah:- 

Malay Regiment - Selasa, 31 Ogos 2021 (9.00 malam)

Filem arahan Jurey Latiff Rosli memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17-unit RAMD telah menyerang beberapa kem komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan dengan Gubir, Kedah.  

Dalam operasi kedua, Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis.

Seramai 11 anggota keselamatan maut dalam Ops Gubir pada 26 April 1976 ini, manakala enam daripada 15 pengganas komunis berjaya dibunuh bersama rampasan pelbagai jenis senjata dan bom. 

Leftenan Adnan - Khamis, 16 September 2021 (9.00 malam)

Filem ini memaparkan kisah benar dari peristiwa perang dunia kedua. Ia mengangkat semula kisah perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang tentera Jepun.

Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu telah menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni musuh. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

2

TARA 7 bulan yang lalu

5 Iklan Terbaik Sempena Hari Kebangsaan 2023, Sarat Mesej Bermakna Untuk Penonton

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Cari Pengisian, Makna Sebenar Merdeka Atas Diri Sendiri Cabaran Utama - Mujahid

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Program EMRKL Perlu Diteruskan Pada Hari Kebangsaan Akan Datang - Hannah  

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 22 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran