Berita Terkini

8 minit yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Gabungan Persatuan Seni Kreatif Saran PM Lantik Menteri KKMM Berjiwa Rakyat

Gabungan Persatuan Seni Kreatif mahu Menteri KKMM yang memahami masalah penggiat seni secara komprehensif serta mengambil tahu isu dibangkitkan persatuan penggiat seni tanah air.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 9:13AM

Presiden Profima, Kapten (K) Khir Mohd Noor, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Ahmad Ibrahim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 dapat memberikan sinar baharu kepada negara dalam soal pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang lebih sihat serta produktif.

Malah, persatuan yang dinaungi penggiat seni di kalangan pengarah filem, drama dan dokumentari ini mengharapkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dapat memberikan tumpuan terhadap kemelut yang berlaku di dalam industri kreatif dan perfileman tanah air pada saat setiap sektor di negara ini masih berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang berleluasa. 

Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri menjadi satu sejarah kerana ia menyaksikan satu lagi perubahan dalam pucuk pimpinan negara yang berdepan kemelut politik sebelum ini.

“Setinggi tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Untuk pengetahuan Datuk Seri, masih ramai penggiat seni menderita serta hidup susah kerana tidak dapat bekerja akibat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terlalu ketat hingga membataskan pelaksanaan penggambaran projek baharu terutama bagi kawasan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. 

“Dalam membantu penggiat seni dan merencana hala tuju industri kreatif dan perfileman tempatan lebih berdaya saing, FDAM bersama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memohon agar individu yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu nanti mempunyai ciri pemimpin mesra rakyat.

“Seeloknya menteri ini memahami masalah penggiat seni secara komprehensif termasuk mengambil tahu isu dibangkitkan persatuan penggiat seni tanah air,” katanya. 

Jelas Mat London lagi, persatuan penggiat seni seperti FDAM, Profima dan Seniman memainkan peranan penting dalam mendengar keluhan penggiat seni yang mengharapkan persatuan sebagai platform menyuarakan rintihan mereka agar disampaikan kepada pihak kerajaan. 

“Bagaimanapun, nasib dan kebajikan penggiat seni gagal diperjuangkan jika Menteri Komunikasi dan Multimedia sendiri tidak mengambil peduli pada isu yang dibangkitkan persatuan-persatuan penggiat seni tanah air.

“Fungsi persatuan penggiat seni sebenarnya sangat penting dalam menyampaikan maklumat industri kepada kerajaan selain berkongsi idea dalam penambahbaikkan pembangunan industri kreatif serta perfileman tempatan. 

“Sebagai cadangan, FDAM bersama Profima dan Seniman serta 25 persatuan penggiat seni dan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Gabungan Persatuan Seni Kreatif ingin mencadangkan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu. 

“Bekas Ahli Parlimen Padang Besar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah menjadi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini dan beliau antara pemimpin kerajaan mesra rakyat yang sudi meluangkan masa bertemu persatuan penggiat seni tanah air bagi membincangkan masalah dan isu yang perlu diberi perhatian. 

“Kami sebagai Gabungan Persatuan Seni Kreatif yang mempunyai jumlah ahli seramai 30,000 di bawah teraju FDAM percaya kepada kredibiliti dan kemampuan beliau sebagai pemimpin kerajaan dalam memimpin industri kreatif dan perfileman tempatan ke arah pencapaian lebih baik,” katanya. 

Sungguh begitu, kata Mat London, Gabungan Persatuan Seni Kreatif akan tetap menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan siapapun Menteri Komunikasi dan Multimedia baharu pilihannya. 

“Semoga industri kreatif tempatan terus maju di bawah pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri dan barisan Kabinet baharu yang akan dilantik dan paling penting, penggiat seni dapat kembali bekerja secepat mungkin dan kebajikan mereka akan terbela,” katanya. - Getaran, 23 Ogos 2021

Gambar Datuk Zahidi Zainul Abidin: Bernama

Gambar Kapten (K) Khir Mohd Noor dan Ahmad Ibrahim: Gambar Fail

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Presiden FDAM ‘Mat London’ Meninggal Dunia

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Jadi Majikan GIG Industri Perfileman Malaysia, PROFIMA Sasar Skim i-Saraan KWSP Kepada Pekerja Sektor Filem Seluruh Negara

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Isu Mentega Terbang: SENIMAN Buat Laporan Polis, Gesa Tindakan Diambil Terhadap Penerbit Dan Pengarah 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 10 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar