web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibrahim Saad, Mohaiyani Bakal Terajui Institusi Kewangan Tempatan

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 4:02PM

Ibrahim Saad - Gambar dari Facebook Tan Sri Ibrahim Saad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Dr Ibrahim Saad dilaporkan bakal dilantik sebagai antara teraju utama sebuah institusi kewangan tempatan.

Sumber memberitahu Getaran, pelantikan itu selaras dengan pengambilalihan institusi tersebut oleh seorang tokoh perbankan terkemuka tanah air.

Serentak dengan itu, barisan kepimpinan institusi berkaitan turut akan dirombak, bagi memastikan ia selaras dengan visi dan misi syarikat.

“Turut terbabit dalam perubahan pucuk pimpinan ini adalah bekas Pengerusi Malayan Banking Berhad (Maybank), Datuk Mohaiyani Shamsuddin,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Menurut beliau, proses pengambilalihan itu sudah diluluskan dan bakal berkuatkuasa dalam jangka masa terdekat.

“Semua prosedur berkaitan sudah disempurnakan dan kami hanya menunggu tarikh untuk ia berkuatkuasa,” katanya.

Sumber juga memberitahu, perkara tersebut akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi. – Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Bank Disaran Terus Bantu Individu Dan PKS Yang Memerlukan - PM Anwar

2

TARA 3 tahun yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Lelaki Cemas Terperangkap Di Ruangan Mesin ATM Bank Di Mersing

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Berhubung Dengan Bank Sediakan Moratorium Mangsa Banjir - PM Anwar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori