web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MEF Gesa PPN Fasa 3 Dan 4 Dipercepatkan, Elak Kerugian

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 8:00AM

FMFTA menganggarkan industri fesyen, tekstil dan pakaian mengalami kerugian sekitar RM163 juta sehari susulan pelaksanaan kawalan pergerakan berterusan. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-​Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan agar segera mempercepatkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa Tiga dan Fasa Empat bagi memastikan kelangsungan perniagaan, terutamanya sektor bukan perlu seperti industri fesyen, tekstil dan pakaian.

Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam kenyataan semalam berkata kawalan pergerakan berterusan yang telah “kekal berkuat kuasa sejak Mac 2020 terus menjejaskan perniagaan dan pekerjaan.”

“Selain industri fesyen, tekstil dan pakaian, banyak sektor perindustrian bukan perlu yang lain telah terjejas akibat kawalan pergerakan ini, termasuk sektor runcit, pelancongan dan hotel dan perkhidmatan.

“Kami bimbang situasi ini akan menjadi lebih buruk sekiranya sektor bukan perlu ini terpaksa ditutup semasa Fasa Satu dan Fasa Dua dalam PPN. Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk segera mengkaji semula nilai ambang PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara untuk mempercepatkan PPN kepada Fasa Tiga dan Fasa Empat tanpa ditangguhkan,” katanya.

Menurut Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA), industri itu mengalami kerugian sebanyak RM163 juta sehari.

Syed Hussain berkata industri tekstil dan pakaian menyumbang nilai eksport bernilai RM27 bilion pada 2019 dan RM21 bilion pada 2020, namun, 15 peratus syarikat dalam sektor ini telah menutup operasi pada tahun lepas.

Katanya, lebih 30 peratus lagi kini di ambang kejatuhan akibat kekurangan aliran tunai dan masa depan yang tidak menentu.

“Rantaian bekalan industri fesyen, tekstil dan pakaian menggajikan kira-kira 500,000 pekerja dan pandangan bahawa kesemua 500,000 pekerja ini mempunyai risiko kehilangan pekerjaan kerana kawalan pergerakan yang berpanjangan adalah sesuatu yang membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata lebih 30 peratus peruncit mungkin kecundang sebelum Fasa Tiga dalam PPN dan  menyebabkan kira-kira 150,000 pekerja akan diberhentikan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori