web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


INCEIF Bentuk Malaysia Sebagai Hab Teknologi Kewangan Islam Global

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada pelbagai peluang ekonomi baru dalam industri teknologi kewangan Islam melalui program ‘i-Connect Fintech’ yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Menerusi program tersebut, Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF) telah dilantik sebagai Entiti Neutral bagi i-Connect oleh Akademi Sains Malaysia (ASM), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi kewangan Islam global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Prof Datuk Dr Azmi Omar berkata, pihaknya dipertanggungjawabkan untuk memacu 17 agensi pelopor mewakili industri, ahli akademik, pihak kerajaan dan swasta untuk memupuk bakat-bakat baru, memangkin inovasi dan membangunkan inovasi tempatan bernilai tinggi.

Beliau yang juga antara pelopor i-Connect berkata, objektif itu bukan sahaja sebagai sumbangan di dalam industri teknologi kewangan Islam di Malaysia, tetapi turut bagi merintis peluang di persada antarabangsa.

“Bagi pihak INCEIF saya begitu berbangga kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan industri sebagai pelopor kepada inisiatif i-Connect yang amat bermakna.

“Saya yakin, dengan usaha dan kolaborasi ini, konsortium yang ditubuhkan dapat membina sebuah ekosistem inovasi yang hebat bagi membangunkan produk tempatan dengan nilai inovasi yang tinggi. Ia juga dapat menjadi pemangkin kepada teknologi R&D serta perniagaan melalui inovasi berasaskan ilmu,” katanya kepada Getaran.

Azmi menarik perhatian, pihaknya juga bakal menubuhkan sebuah dana untuk memupuk inovasi di dalam industri teknologi kewangan Islam, yang berkisar kepada dua fokus utama iaitu Pembiayaan Sosial dan Solusi Pintar, dan Digitalisasi Pembiayaan Kewangan Patuh Shariah.

Katanya, komuniti pengkaji dan syarikat pemula yang terlibat di dalam industri teknologi kewangan Islam juga boleh menghantar permohonan berkenaan inovasi di dalam industri berkenaan, terutamanya di peringkat fasa pembangunan dan pelancaran.

Umar Munshi
Umar Munshi

Sementara itu, Pengarah ‘i-Connect’ serta pengarah Urusan Ethis Group, Umar Munshi memaklumkan, pelancaran dana kajian dan penubuhkan rangkaian kolaborasi tersebut, membolehkan kapasiti inovasi dan teknologi kewangan Islam ditingkatkan di Malaysia.

“Secara tidak langsung,  ia dapat  memacu pengeluaran solusi baru ke dalam pasaran serta memberi impak positif dari pelbagai segi terutamanya sosial dan kewangan,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui perkembangan mengenai ‘i-Connect’ boleh melayari www.inceif.org/i-connect.islamicfintech untuk maklumat lanjut. - Getaran, 16 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Jadi Tumpuan Media Global

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori