web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Cadang Ambil Alih Firma Thailand Pada Harga US$50 Juta

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 4:03PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia Group Bhd (AAGB) telah mencadangkan untuk membeli dua syarikat Thailand, Velox Technology (Thailand) Co. Ltd dan Velox Fintech Co. Ltd. masing-masing dengan harga US$40 juta dan US$10 juta (US$1 = RM4.16).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata cadangan itu dinyatakan melalui unitnya, AisAsia ADS Sdn Bhd (AirAsia Superapp) dan AirAsia Digital Sdn Bhd (ADD).

“Pengambilalihan yang dicadangkan ini memberikan AirAsia Superapp akses segera kepada perniagaan e-dagang sedia ada dengan peniaga makanan berdaftar, rakan niaga penghantaran dan sumber daya untuk memulakan perniagaan e-dagang AirAsia Superapp dan mengurangkan kos serta masa untuk memasuki pasaran pengguna dalam talian di Thailand.

“Tertakluk pada integrasi dan migrasi pengguna serta pedagang yang berjaya, AirAsia Superapp akan memiliki akses ke pangkalan pelanggan tambahan supaya dapat menjual perkhidmatan AirAsia Superapp yang lain kepada pelanggan berkenaan dan mendorong pertumbuhan untuk AirAsia Superapp,” katanya.

AAGB berkata pengambilalihan Velox Fintech yang dicadangkan itu akan membolehkan pengembangan produk e-money untuk kumpulan syarikat AAD yang kini menawarkan produk dan perkhidmatan e-money.

Kepantasan penerapan di pasaran dijangka akan didorong oleh aset pengawalseliaan.

Pengambilalihan yang dicadangkan itu harus mendapat persetujuan dari Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand.

Ketika berita ini ditulis, saham AirAsia meningkat 2.16 peratus kepada 94.5 sen dengan 15.46 juta saham diniagakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori