web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FMM Cadang Kawalan Pergerakan Bersasar Untuk Putus Rangkaian COVID-19

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 8:11AM

FMM cadang kerajaan pertimbangkan untuk melaksanakan Fasa Kawalan Pergerakan dalam PPN secara bersasar dalam usaha meminimumkan kesan terhadap industri dan ekonomi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan melaksanakan Fasa Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara bersasar untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Presidennya Datuk Soh Thian Lai berkata FMM bimbang lebih banyak lagi perniagaan sama ada gulung tikar atau memberhentikan pekerja kerana kebanyakan syarikat terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana menghadapi masalah kewangan berikutan aktiviti perniagaan tidak dibenarkan. 

"Untuk meminimumkan kesan terhadap industri dan ekonomi, negeri/kawasan yang mencatatkan kes rendah atau terkawal harus dibenarkan beroperasi tanpa membezakan antara sektor penting dan tidak penting.

"Langkah-langkah kawalan pergerakan sepatutnya disasarkan kepada kawasan yang mencatatkan kes tinggi jangkitan COVID-19 supaya rantaian pandemik itu dapat diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Fasa Pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir hari ini, tidak akan ditamatkan, malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai depan.

Fasa pertama itu dilanjutkan kerana jumlah kes COVID-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

Justeru, Soh berkata keputusan kerajaan untuk melanjutkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan itu adalah mengecewakan bagi komuniti perniagaan khususnya dalam sektor pembuatan.

Kawalan pergerakan yang berlanjutan itu memberi kesan negatif kepada daya saing negara kerana Malaysia adalah hab pembuatan utama di peringkat serantau bagi industri yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan, katanya. 

Sementara itu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dalam satu kenyataaan berasingan berkata MEF meluahkan kebimbangan terhadap kawalan pergerakan yang berpanjangan tersebut kerana ia akan memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi dan masyarakat.

Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berharap supaya kerajaan dapat memperkenalkan langkah-langkah baharu dengan membenarkan majikan yang dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk membuka semula perniagaan mereka sepenuhnya.

"Perlu ada sedikit kelonggaran untuk membolehkan orang ramai menjalankan perniagaan dan ini perlu dilakukan. Kita perlu sedar bahawa memerangi pandemik COVID-19 bukan hanya untuk melaksanakan kawalan pergerakan,” katanya.

Kawalan pergerakan itu telah memberi kesan kepada majikan, pekerja, rakyat dan negara, kata Syed Hussain. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori