web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPMG Letak Jawatan Juruaudit Serba Dinamik

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 5:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Messrs KPMG PLT telah menyerahkan notis peletakan jawatannya sebagai juruaudit Serba Dinamik Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta, berikutan saman yang difailkan terhadap mereka oleh penyedia perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas itu. 

Serba Dinamik dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata notis itu menyatakan bahawa saman yang telah difailkan pada 22 Jun lepas terhadap KPMG PLT berhubung audit berkanun berterusan syarikat bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021, telah menjejaskan keupayaan juruaudit itu untuk meneruskan auditnya secara profesional. 

''Syarikat kini sedang mengenal pasti juruaudit baru untuk dilantik, sesuai dengan Seksyen 271(2)(b) Akta Syarikat 2016 dan akan membuat pengumuman dengan segera selepas pemuktamadan pelantikan juruaudit ini," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Serba Dinamik berkata ia tidak pernah mendakwa pengerusinya telah berhubung secara rasmi dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bursa Malaysia Bhd (Bursa). 

"Kami menghargai institusi tersebut kerana tidak merumitkan fakta kes ini, fakta yang masih ada pada umumnya," katanya. 

Syarikat itu memperakui pendapat oleh SC dan Bursa bahawa juruaudit boleh mempunyai beberapa elemen keraguan secara profesional semasa audit.

"Tetapi keraguan ini wajar dimaklumkan kepada pelanggan untuk mencari penyelesaian ke atas perkara-perkara yang diketengahkan dan atas dasar keraguan semata-mata tidak mencukupi untuk juruaudit membuat laporan secara pramatang kerana ini akan memudaratkan syarikat serta pasaran," tambahnya.- Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori