Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Serba Dinamik Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap KPMG

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 8:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Serba Dinamik Holdings Bhd memutuskan untuk memfailkan tuntutan sivil bagi kerugian yang dialaminya terhadap juruaudit luarnya, KPMG PLT berikutan kecuaian profesional, pelanggaran kontrak dan pelanggaran kewajipan statutori.

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu berkata, berikutan ‘situasi yang sedang berlaku’, spekulasi buruk telah tercetus di pasaran, antaranya menyebabkan kemerosotan ketara harga saham dan keseluruhan permodalan pasaran.

Dalam kenyataan hari ini, Serba Dinamik berkata keadaan itu mengakibatkan pihaknya dan KPMG menemui jalan buntu, menyebabkan timbul beberapa isu tertentu dalam proses auditnya.

“Selepas penilaian yang komprehensif mengenai perkara ini dan mendapatkan nasihat guaman, kami berpendapat bahawa Serba Dinamik mempunyai tuntutan yang baik dan boleh dakwa ke atas KPMG disebabkan tindakan atau kurangnya tindakan mereka yang enggan menyelesaikan audit itu,” kata syarikat berkenaan.

Bagi menyelesaikan sebarang kebimbangan dengan pengawal selia dan pasaran, Serba Dinamik akan terus menyiasat isu-isu yang dibangkitkan KPMG dan mengumumkan penemuannya, kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan susulan taklimat media Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed secara dalam talian, hari ini.

“Perkara (yang digariskan oleh KPMG) telah dibangkitkan dalam mesyuarat khas lembaga pengarah pada 3 Mei 2021 yang mana KPMG menunjukkan ia tidak bersedia untuk melengkapkan audit itu melainkan kajian semula bebas oleh pihak ketiga dijalankan terhadap dakwaan penemuan yang dinyatakan KPMG,” katanya.

Menurut Serba Dinamik, penemuan yang dibangkitkan oleh KPMG “tidak bersifat substantif yang memerlukan kajian semula bebas” dan isu yang dialami juruaudit itu “benar-benar disebabkan kecuaian mereka sendiri.”

Serba Dinamik berkata tindakan KPMG akhirnya menemukan jalan buntu dan sebaik sahaja perkara ini diketahui di pasaran terbuka, ia menyebabkan penurunan mendadak terhadap harga saham, permodalan pasaran dan keyakinan umum.

Sementara itu, Mohamed Ilyas berkata KPMG telah menyebabkan masalah audit ini menjadi lebih serius.

“Ini menyebabkan, pemegang saham menanggung kerugian. Kami telah mengalami kerugian permodalan pasaran sekitar lebih RM3 bilion, ia bukan sedikit bagi sebuah syarikat minyak dan gas,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Saifuddin Luluskan Pelantikan Saya, Akui Tak Akan Timbul Masalah - Lina Tan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Boleh Jimat RM6 Bilion Jika Nasihat Ketua Audit Negara Dipatuhi 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengurusan Mitigasi Banjir KL Belum Capai Objektif - Laporan Audit

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 17 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM