web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hong Leong Jadi Bank Pertama Promosi Produk Menerusi Shopee

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Feb 2021 4:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramai yang bertanya, apakah yang dilakukan oleh bank di dalam Shopee? Kepada yang belum tahu, Hong Leong Bank (HLB) adalah bank pertama di Malaysia yang menggunakan platform Shopee untuk mempromosikan produknya mulai semalam.

Setakat ini tiga produk telah dipromosikan menerusi Shopee Mall iaitu Hong Leong Basic Savings Account, 3in1 Junior Account dan Pay&Save Account

Pelanggan tidak perlu datang ke bank terbabit sebaliknya hanya klik kepada produk yang mereka inginkan.

Untuk memohon, selepas membayar RM1, pegawai HLB akan menghubungi pelanggan dalam masa tiga hari bekerja dan akan menetapkan temujanji dalam tempoh 30 hari.

Bayaran RM1 yang dibayar ketika memohon akan dikembalikan semula kepada pelanggan juga dalam masa 30 hari.

Bayaran minimum untuk membuka akaun hanya RM20.

Hanya rakyat Malaysia dan penduduk tetap berusia 18 tahun ke atas layak memohon untuk membuka akaun individu atau bersama.

Mengejutkan ramai pelanggan telah membeli produk dalam talian itu dan turut menerima baucer Shopee sehingga RM28 bagi setiap pembelian.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda,berkata, pihaknya mahu menjadikan perbankan lebih mudah untuk diakses dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

``Ia juga bagi meletakkan asas untuk kita meneroka peluang baru dalam melayani pelanggan dengan lebih baik di saluran digital,'' katanya. - News Hub Asia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori