web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lonjakan Kes COVID-19 Dijangka Jejas Pemulihan Ekonomi Malaysia - Moody’s Analytics

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 12:43PM

Penutupan sektor ekonomi membawa impak kepada permintaan domestik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemulihan ekonomi Malaysia dijangka terjejas ekoran peningkatan kes terkini jangkitan COVID-19 yang membawa kepada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama dua minggu bermula 1-14 Jun, 2021.

Moody’s Analytics dalam nota penyelidikannya berkata unjuran asasnya mengunjurkan pengembangan 5.6 peratus pada 2021, tetapi terdapat tambahan risiko pertumbuhan rendah dan peningkatan ketidaktentuan.

“Sekatan pergerakan penuh akan membawa impak kepada permintaan domestik, terutamanya penggunaan domestik memandangkan hanya perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi. Kebimbangan utama adalah sejauh mana pembuatan dan eksport akan terjejas akibat daripada kekangan kapasiti yang diperkenalkan,” katanya.

Kilang pengeluaran hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti 60 peratus semasa tempoh tersebut, yang mana akan mengehadkan pengeluaran dan eksport sehingga pertengahan Jun ketika eksport Malaysia berkembang pesat susulan permintaan kukuh daripada sektor teknologi konsumer global.

“Jangkitan harian Malaysia berada pada purata antara 7,000 hingga 8,000 sejak lewat Mei. Ini merupakan gelombang kedua jangkitan di Malaysia pada 2021, tetapi yang paling buruk. Gelombang pertama melanda pada Januari dengan purata jangkitan harian hanya sekitar lebih 2,500.

“Ekonomi Malaysia semasa penularan pandemik COVID-19 pada 2020 mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding banyak negara jirannya di Asia Tenggara. Jangkitan harian kekal di bawah paras 1,000 sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun tersebut,” kata Moody’s Analytics. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori