web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indeks Shariah Atasi Indeks Konvensional Di Bursa Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indeks Shariah telah mengatasi indeks konvensional di Bursa Malaysia sejak dua tahun lepas dengan sektor teknologi dan penjagaan kesihatan muncul sebagai sektor yang mencatatkan prestasi terbaik pada tahun 2020, kata CGS-CIMB Securities (CSG-CIMB) Sdn Bhd.

Dalam nota penyelidikan hari ini, CSG-CIMB berkata prestasi yang lebih baik daripada indeks shariah berbanding indeks saham konvensional telah menyebabkan minat yang lebih tinggi terhadap pelaburan berasaskan shariah dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan (AUM) pada RM217 bilion pada akhir Disember, 2020.

Jumlah AUM Islam untuk industri pengurusan dana Malaysia meningkat daripada 22 peratus daripada jumlah aset pada tahun 2017 kepada 24 peratus pada Disember, 2020.

Firma penyelidikan itu berkata saiz unit amanah Islam berkembang dengan kadar yang lebih pantas, menyumbang 24.7 peratus daripada jumlah nilai bersih unit amanah pada bulan Disember 2020 berbanding 18.2 peratus pada tahun 2017.

Terdapat empat indeks shariah yang mengesan prestasi sekuriti patuh shariah di Bursa Malaysia, iaitu FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index (FBM Hijrah), FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah Index (FBM Emas Shariah), FTSE Bursa Malaysia Small Cap Shariah Index (FBM Small Cap Shariah) dan FTSE Bursa Malaysia Mids Cap Shariah Index (FBM Mids Shariah).

Dalam membandingkan prestasi indeks FBM KLCI dan FBM Hijrah, ia berkata Indeks Shariah FBM Hijrah mengatasi indeks FBM KLCI konvensional dalam tujuh daripada 10 tahun terakhir (2011-2020).

"Sektor amanah, hartanah dan pelaburan hartanah (REIT) adalah sektor yang mencatatkan prestasi terburuk pada tahun 2020.

"Indeks Shariah dilihat cenderung mengatasi indeks KLCI atau FBM Emas apabila bank tidak mencatatkan prestasi baik dalam sektor pengguna, penjagaan kesihatan, utiliti dan telekomunikasi," katanya

Analisis menunjukkan bahawa salah satu penentu utama prestasi relatif KLCI berbanding Indeks Syariah Hijrah adalah prestasi sektor perbankan, katanya.

"Ini kerana enam dari 30 konstituen dalam indeks KLCI adalah bank yang tidak patuh shariah yang membentuk sekitar 32 peratus daripada jumlah KLCI pada 29 Januari, 2021.

“Setakat 29 Januari 2021, kalangan saham berwajaran tinggi dalam indeks Shariah Hijrah adalah sektor penjagaan kesihatan (26 peratus daripada jumlah indeks), makanan dan minuman (18.92 peratus), telekomunikasi (17.59 peratus) dan utiliti (13.92 peratus).

"Tiga syarikat teratas dengan kaunter berwajaran tinggi FBM Hijrah adalah Tenaga Nasional Bhd, Top Glove Corporation Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd," katanya.

Melangkah ke depan, CGS-CIMB berkata keberhasilan penggunaan vaksin di seluruh negara dan global akan meningkatkan sentimen pasaran serta berkemungkinan pintu sempadan akan dibuka semula.

Bagaimapanun, sebarang masalah atau kelewatan melibatkan proses vaksinasi ditambah dengan lonjakan kes COVID-19 baru atau kadar kematian akibat pandemik itu boleh menyebabkan pengambilan untung di pasaran kerana kebimbangan bahawa sekatan perjalanan akan dilanjutkan serta peningkatan risiko, katanya.

"Kami berpendapat mungkin akan berlaku kelewatan kerana pengeluaran vaksin melibatkan koordinasi yang kompleks seperti pembangunan produk, pembuatan, pembungkusan, penyimpanan, pengedaran dan peraturan. Kelewatan dijangka akan berlaku pada setiap peringkat.

“Justeru, kami yakin pasaran akan kekal tidak menentu pada tahun 2021,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?