Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Inti Pati Laporan Bank Negara Malaysia 2023

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 4:58PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, bantuan bayaran balik pinjaman yang terus tersedia untuk peminjam yang berdaya maju serta langkah-langkah sokongan oleh kerajaan untuk isi rumah mudah terjejas dijangka terus memberikan sokongan kepada keupayaan isi rumah secara keseluruhan untuk membayar balik hutang.

Namun begitu, bank-bank kekal berdaya tahan terhadap potensi tekanan sektor isi rumah seandainya berlaku kemungkinan bahawa cabaran berterusan yang dihadapi oleh sesetengah peminjam menjadi semakin meluas, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Jelas BNM, ujian tekanan terkini yang dijalankan oleh BNM menunjukkan bahawa hingga 4.8 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan mungkin berisiko mungkir menjelang akhir tahun 2026 jika peminjam isi rumah mengalami kejutan pasaran pekerja yang teruk dengan kadar pengangguran mencecah setinggi 6.0 peratus.

"Walau bagaimanapun, senario ini masih mampu ditangani oleh lebihan penampan modal bank-bank," kata BNM dalam laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2023 yang dikeluarkan hari ini.

Dalam laporan itu, perniagaan kekal berdaya tahan pada separuh kedua tahun 2023 walaupun keadaan operasi kekal mencabar berikutan rintangan yang berterusan.

Pinjaman perniagaan berkembang sebanyak 3.6 peratus (Jun 2023: 0.6 peratus) pada separuh kedua tahun 2023. 

Pertumbuhan pinjaman didorong terutamanya oleh pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya untuk tujuan modal kerja.

Walaupun kualiti kredit keseluruhan pinjaman perniagaan kekal kukuh, sesetengah PKS menunjukkan tanda-tanda kelemahan kewangan. Bahagian bayaran balik pinjaman PKS tertunggak naik kepada 2.1 peratus (Jun 2023: 1.6 peratus) daripada jumlah pinjaman PKS.

Sebaliknya, kualiti peminjaman syarikat-syarikat korporat besar telah meningkat sejajar dengan peningkatan daya tahan kewangan syarikat-syarikat tersebut.

Terdapat bank-bank yang mula memasukkan kira semula (write-back) peruntukan terhadap dedahan syarikat-syarikat besar.

Hal ini mencerminkan peningkatan yang berterusan dalam pemulihan aktiviti perniagaan serta prospek yang lebih positif untuk syarikat tertentu.

Pada masa hadapan, pemulihan kitaran teknologi global yang dijangkakan serta perkembangan yang berterusan dalam pelaksanaan pelaburan domestik dan usaha infrastruktur akan terus menyokong perolehan perniagaan.

Berlatarkan keadaan ini, pelaksanaan rasionalisasi subsidi, pelarasan cukai dan dasar upah meskipun perlu, akan memberikan kesan terhadap prospek kewangan perniagaan dalam jangka masa pendek. 

Konflik geopolitik yang berterusan, hala tuju ekonomi China dan volatiliti pasaran kewangan menimbulkan lebih banyak cabaran bersama-sama dengan peningkatan tumpuan terhadap risiko dan peluang berkaitan iklim.

Bank-bank mempunyai penampan yang mencukupi terhadap potensi risiko pertumbuhan menjadi perlahan, disokong oleh peruntukan yang konservatif dan tahap modal yang kukuh.

Kemerosotan kualiti kredit yang meluas tidak dijangkakan berlaku, seperti yang ditunjukkan oleh nisbah Tahap 2 yang semakin baik (Disember 2023: 12.4 peratus daripada pinjaman perniagaan; Jun 2023: 13.8 peratus), yang mencerminkan peningkatan dalam prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini

Ekonomi 6 jam yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City