web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengamal PT&K Dikecualikan Daripada Cukai Perkhidmatan 8 Peratus - Amir Hamzah

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 4:29PM

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Putrajaya - Pengamal perubatan tradisional dan komplimentari yang berdaftar bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

"Selagi mereka berdaftar dengan akta di bawah Kementerian Kesihatan, mereka akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2024," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas hari ini.

 Sehubungan dengan keputusan itu, beliau berkata pengamal PT&K yang telah berdaftar dengan akta tersebut tidak perlu berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan seterusnya tidak mengenakan cukai bagi perkhidmatan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati, kiropraktik, osteopati dan amalan pengubatan Islam. 

"Kementerian Kewangan juga bersetuju supaya keputusan tersebut terpakai ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh pusat kesihatan atau kesejahteraan, rumah urut atau tempat yang seumpamanya yang dikendalikan oleh pengamal PT&K yang berdaftar dengan Akta 775 bagi perkhidmatan di atas untuk tempoh sebelum 1 Mac 2024," katanya.

Amir Hamzah berkata, ini adalah susulan keputusan Kementerian Kewangan agar perkhidmatan disediakan oleh pusat kesihatan atau kesejahteraan, rumah urut atau tempat seumpamanya yang dikendalikan oleh pengamal PT&K berdaftar dengan akta tersebut tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan bercukai berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024.

"Maklum balas ini juga telah mengambil kira perbincangan daripada sesi libat urus bersama pihak berkepentingan industri PT&K," katanya.

Beliau berkata, pengecualian cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan PT&K ini antara usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang ditekankan dalam konsep Malaysia MADANI dan diterapkan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

"Keputusan yang dipersetujui oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah langkah untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

"Pada masa yang sama, Kerangka Ekonomi MADANI juga akan giat memperkasakan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menggajikan hampir separuh tenaga kerja di Malaysia," katanya. 

Amir Hamzah berkata, kerajaan akur bahawa jauh lagi landasan untuk melebarkan sayap PMKS tempatan ke persada antarabangsa.

"Maka pengusaha tersebut memerlukan kebergantungan permintaan domestik untuk kemandirian perniagaan mereka buat masa ini, lebih-lebih lagi bagi PMKS yang menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?