web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Domestik Kritikal Dalam Usaha Bangunkan Kedudukan Negara, Jamin Pengurusan Ekonomi - PM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 5:33PM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dasar domestik sangat kritikal dalam usaha kerajaan membangunkan kedudukan negara bagi menjamin pengurusan ekonomi yang lebih baik dan pada masa yang sama, mengelakkan ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan, terutama sekali Kementerian Kewangan menumpukan sepenuh perhatian kepada tatakelola serta pengurusan ekonomi yang baik bagi mengelakkan ketirisan dan mempercepat proses kelulusan pembangunan.

"Untuk keluarga Kementerian Kewangan, kita tidak boleh lari daripada fokus yang sedemikian," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar berkata reformasi yang dilaksanakan dalam mengurangkan ketirisan dan meningkatkan tadbir urus membolehkan kerajaan memperkasakan bantuan kepada rakyat, termasuk penyelarasan gaji penjawat awam kerana ia memberikan keyakinan baharu dan mengiktiraf kebajikan rakyat.

Sementara itu, beliau berkata negara memerlukan ruang fiskal yang mencukupi bagi menjamin kesejahteraan dan pada masa yang sama, darjat hidup rakyat dapat ditingkatkan.

Terdahulu, dilaporkan bahawa kerajaan MADANI mendepani kekangan fiskal disebabkan hutang negara yang mencecah RM1.2 trilion iaitu hampir 65 peratus keluaran dalam negeri kasar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 19 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

3

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?