web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Lebih Baik Sebanyak 4.5 Peratus Tahun Ini - HLB

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 10:14AM

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka didorong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pelancongan yang berkembang dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih baik sebanyak 4.5 peratus tahun ini di walaupun di tengah-tengah cabaran ekonomi global, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).

Ketua Pasukan Pengurusan Kekayaan Serantau (Penyelidikan serta Nasihat Pelaburan), Ramone Mikgail Kok menjangkakan, pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pelancongan yang berkembang dan perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi.

Beliau juga berkata sektor pelancongan akan melonjak secara beransur-ansur tahun ini kerana Malaysia telah membenarkan kemasukan tanpa visa kepada rakyat China, India dan beberapa negara di Asia Barat mulai Disember tahun lepas, yang akan membantu mengurangkan kesan daripada eksport yang agak lemah.

"Ini sudah tentu akan membantu," katanya kepada pemberita selepas Simposium Kekayaan Hong Leong Bank di sini semalam.

Mengulas mengenai prestasi ringgit, mata wang tempatan itu dijangka stabil berbanding dolar AS antara RM4.50 hingga RM4.55 menjelang akhir tahun, dipacu oleh prospek kelemahan dalam dolar AS termasuk kitaran pemotongan kadar pada 2024 oleh Rizab Persekutuan (Fed).

Ketua dan Pakar Produk Kekayaan, Jason Liew Yik Kee berkata, ringgit yang lebih kukuh adalah sejajar dengan trend yang sama dalam kalangan mata wang serantau serta seiring dengan potensi kebangkitan ekonomi global kedua terbesar, China dan daya tarikan penilaian sahamnya pada 2024.

"Perkara utama ialah betapa agresif Fed akan mengurangkan kadar memandangkan pasaran menetapkan harga dalam enam kali pemotongan. Mata wang Asia juga akan meningkat berbanding dolar AS kerana mereka (Fed) cuba menangani inflasi di Amerika Syarikat (AS). Jadi, mereka perlu menurunkan kadar.

"Kami mengekalkan pandangan kami ke arah pemotongan kadar AS menjelang pertengahan separuh kedua tahun ini dan pada masa yang sama pasaran akan menyaksikan kelemahan dolar AS," katanya.

Serentak dengan itu, pertumbuhan di rantau Asia dijangka lebih baik berbanding AS kerana kuasa ekonomi itu sedang giat menurunkan pertumbuhannya.

Pada 6 petang Jumaat, ringgit dicatatkan lebih baik pada 4.7275/7325 berbanding dolar AS. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?