web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ringgit Dijangka Mengukuh Pada 2024 – Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 4:48PM

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka akan mengukuh pada 2024 yang dipacu oleh beberapa faktor, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata faktor itu termasuklah disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik serta ketidaktentuan dasar mata wang Amerika Syarikat (AS) yang semakin mereda.

Katanya prestasi ringgit perlu dilihat dalam perspektif yang lebih meluas dan ia wajar diukur berbanding mata wang lain dan bukannya berbanding dolar AS semata-mata. 

“Malah, inilah caranya bank-bank pusat di seluruh dunia mengukur nilai mata wang mereka iaitu perbandingan dengan sekumpulan mata wang utama lain yang berdagang dengan negara itu.

“Majoriti mata wang di dunia menyusut berbanding dolar AS akibat daripada tindakan agresif Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menaikkan kadar faedah,” katanya dalam hantaran media sosial di platform ‘X’ hari ini.

Rafizi berkata nilai mata wang perlu dibaca dengan petunjuk ekonomi lain iaitu pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, jumlah pelaburan baharu, kadar faedah, kadar pengangguran, tangga gaji dan lain-lain.

Katanya ekonomi Malaysia tumbuh pada momentum yang baik dari suku ke suku selama tiga suku berturut-turut dengan kadar inflasi adalah terendah sejak 2021.

Bagi prestasi ringgit pada suku ketiga 2023, ringgit menyusut sebanyak 0.6 peratus berbanding dolar AS dan menurun 0.2 peratus berbanding dolar Singapura.

Bagaimanapun, prestasi ringgit mengukuh sebanyak 2.9 peratus berbanding yen Jepun, lebih baik sebanyak 2.4 peratus berbanding baht Thailand dan pound Britain, rupiah Indonesia (2.0 peratus), won Korea Selatan (1.7 peratus), euro (1.6 peratus), dolar Australia (14 peratus) dan renmimbi China (0.2 peratus).  - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?