Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bank Rakyat Tawar Lanjutan Moratorium Kepada Pelanggan Terkesan Pandemik

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 12:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun ini kepada pelanggan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Bank Rakyat amat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.

“Selaras dengan pengumuman berhubung Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar oleh Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pada 12 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kriteria pelanggan yang boleh memohon bantuan ini adalah pelanggan yang telah diberhentikan kerja dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, pelanggan yang masih dalam tempoh bercuti tanpa gaji, pelanggan yang mengalami pengurangan gaji atau pendapatan serta pelanggan yang pasangannya turut terjejas.

Selain itu, beliau berkata Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terjejas yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana dengan memberikan fleksibiliti dalam pembayaran pembiayaan.

Permohonan lanjutan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dibuat mulai 1 Julai 2021 dan pelanggan perlu menghubungi bank menerusi e-mel di [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300-800-800 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk merancang pembayaran pembiayaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini