web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Transformasi Ekonomi Filipina Mampu Tingkat Perdagangan Dengan Malaysia - Marcos

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 6:21PM

Ferdinand Marcos Jr - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Transformasi ekonomi Filipina, yang menyediakan banyak peluang pelaburan baharu, akan memberi peluang kepada negara untuk meningkatkan tahap perdagangan dengan Malaysia pada masa depan.

Dalam ucaptamanya pada Forum Perniagaan Filipina hari ini, Presiden Ferdinand Marcos Jr berkata Filipina telah melancarkan pelan pembangunan negara untuk tempoh 2023-2028. 

“Negara bersifat terbuka dan telus dan perbincangan yang kita ada ini bukan semata-mata untuk kami menjelaskan kepada bakal rakan kongsi kami mengenai apa yang sedang berlaku dan apa yang kami rancang untuk lakukan di Filipina.

“(Kami mahu) mendengar pendapat anda semua dan mendengar pandangan anda, perubahan yang perlu dalam elemen yang perlu kami laksanakan untuk menjadikan Filipina sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik,” katanya.

Beliau berkata negara telah merangka pelan pembangunan yang tertumpu kepada kerjasama dan antara elemen utama dasar ekonomi ialah kepentingan negara untuk menjalin kerjasama dengan sektor swasta.

Marcos berkata dalam konteks perniagaan dan kerjasama, kerajaan memerlukan kerjasama dengan setiap sektor kerajaan dan sektor swasta yang memainkan peranan penting dalam pelan pembangunan Filipina.

“Malaysia masih merupakan sumber keempat utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Filipina. FDI dari Malaysia berjumlah kira-kira US$108 juta (US$1=RM4.53) dan terus menunjukkan minat yang tinggi terhadap Filipina dari Malaysia. 

“Kami telah bertemu dengan (beberapa) perniagaan Malaysia daripada sektor utama seperti pertanian, pengangkutan dan teknologi. Pandangan mereka daripada pertemuan ini meyakinkan kami bahawa ia adalah langkah yang tepat,” katanya.

Ferdinand Marcos Jr dan isteri diberi sambutan rasmi sebaik tiba di Malaysia, semalam
Ferdinand Marcos Jr dan isteri diberi sambutan rasmi sebaik tiba di Malaysia, semalam

Beliau berkata negara telah melaksanakan kaedah yang betul dan perubahan yang diperlukan untuk menjadikan Filipina sebagai rakan kongsi pelaburan yang ideal untuk perniagaan Malaysia.

Marcos berkata perbincangan dengan syarikat dan pemimpin perniagaan Malaysia awal hari ini membuahkan hasil yang menarik dan dijangka menjana potensi pertumbuhan yang lebih tinggi dan hasil yang saling memberi manfaat kepada syarikat Malaysia dan Filipina.

“Pada masa ini, pelaburan Malaysia telah memberikan sumbangan yang berharga kepada Filipina dan ekonominya, terutamanya dalam pentadbiran keselamatan makanan, pembangunan infrastruktur dan mewujudkan pekerjaan untuk negara kami.

“Kami akan meneruskan komitmen kami untuk menyokong bukan sahaja pelabur Malaysia yang berpotensi tetapi juga syarikat Malaysia yang sedang menjalankan perniagaan di Filipina,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah meningkatkan usaha untuk meliberalisasikan perniagaan dan sektor dengan meluluskan perundangan penting seperti akta liberalisasi perdagangan runcit, akta pelaburan asing, akta perkhidmatan awam dan akta tenaga boleh baharu.

“Melalui langkah ini, kami membuka (beberapa) sektor termasuk pengangkutan udara, telekomunikasi, perkapalan, runcit dan tenaga boleh baharu hingga pemilikan asing.

“Kami tidak akan dapat mencapai perubahan ini tanpa penyelarasan yang baik dengan rakan kongsi kami dalam badan perundangan,” katanya.

Beliau berkata negara telah menjadikan sistem cukai korporatnya lebih mesra perniagaan dengan kadar cukai yang lebih rendah dan mekanisme yang lebih baik untuk insentif cukai dan duti.

“Kami akan terus mencari jalan untuk memudahkan dan mempercepatkan pelaburan,” katanya.

Beliau berkata baru-baru ini, kerajaan telah mewujudkan laluan hijau untuk pelaburan strategik sebagai cara untuk menggunakan seluruh pendekatan kerajaan untuk memudahkan rakan kongsi asing menyumbang kepada pembangunan dan daya saing Filipina.

Dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, yang berakhir hari ini, Marcos turut mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung