web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OPR Kekal Tidak Beri Impak Kepada Perdagangan Malaysia - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jul 2023 8:30PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelabur asing di Malaysia tidak akan membuat keputusan yang mempengaruhi perniagaan mereka sekadar melihat kepada pergerakan OPR semata-mata - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus tidak akan memberi sebarang impak kepada perdagangan Malaysia kerana ia lebih banyak dipengaruhi oleh faktor luaran.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelabur asing di Malaysia tidak akan membuat keputusan yang mempengaruhi perniagaan mereka sekadar melihat kepada pergerakan OPR semata-mata.

Bagaimanapun, beliau berkata paras OPR yang tidak berubah akan memberi impak kepada pelabur tempatan berikutan akan memudahkan mereka dari segi merancang hala tuju perniagaan kerana kos pembiayaan yang tidak berubah.

“Pelabur-pelabur akan melihat kepada banyak faktor yang tidak terhad dari segi kewangan, seperti infrastruktur, kemudahan menjalankan perniagaan, bakat dan sebagainya.

“Bagi pelabur asing, mereka tidak begitu meminjam wang daripada bank tempatan untuk modal kerja...pelabur (yang mempunyai pembiayaan dengan bank tempatan) yang berada di Malaysia akan melihat aspek itu dengan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Institusi Kewangan/Institusi Kewangan Pembangunan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2022 Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd ke-28 di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Khamis memutuskan OPR dikekalkan pada 3.00 peratus.

BNM dalam Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan semalam berkata MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

MPC juga kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negara.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kata BNM. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga