Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


MAHB, Malaysia Airlines Bekerjasama Laksana Proses Pemeriksaan Keselamatan Lebih Selamat

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 3:22PM

Gambar hiasan - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama dengan Malaysia Airlines memperkenalkan Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL) untuk meningkatkan keselamatan dan mempercepatkan proses pemeriksaan keselamatan.

MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata PRS telah pun dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya berrmula bulan ini. 

“Kami terus memanfaatkan teknologi untuk bergerak seiring dengan keperluan keselamatan yang terus berkembang bagi memberi keselesaan kepada penumpang.

“Dengan pelaksanaan PRS, kami berharap dapat mempercepat, memantap dan mempermudahkan proses keselamatan untuk manfaat semua pemegang kepentingan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam kenyataan tersebut.

Antara manfaat daripada sistem itu termasuklah keselesaan kepada penumpang dengan barisan menunggu lebih pendek yang akan membantu memudahkan penjarakan fizikal yang selamat ketika melakukan perjalanan dalam norma baharu ketika ini. 

KUL telah memasang 10 unit PRS di Terminal 1 dan 12 unit di Terminal 2. Sistem baharu itu merupakan satu lagi inisiatif dalam pelan pendigitalan Lapangan Terbang 4.0 MAHB untuk meningkatkan keselamatan lapangan terbang dan kecekapan operasi syarikat penerbangan. 

PRS merupakan sistem pemeriksaan keselamatan automatik baharu yang dapat mengimbas dan memadankan maklumat dokumen perjalanan penumpang ke pangkalan data penumpang Malaysia Airlines dalam masa nyata.

“Bukan sahaja Malaysia Airlines akan mendapat manfaat daripada kecekapan operasi hasil daripada data masa nyata, PRS juga akan dapat meningkatkan keselesaan pelanggan apabila kakitangan di darat boleh dimaklumkan dengan segera sekiranya terdapat keperluan untuk mengesan penumpang semasa panggilan terakhir menaiki pesawat,” kata MAHB.

Selain itu, mana-mana bagasi milik penumpang yang tidak menaiki pesawat dapat dikesan dengan segera dan dikeluarkan dengan serta merta bagi meningkatkan lagi keselamatan dan menambah baik masa pusing balik pesawat. 

KUL baru-baru ini menerima skor cemerlang 5.0/5.0 dan menduduki tempat teratas dalam kaji selidik terkini Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global oleh Airports Council International (ACI) bagi kategori lebih 40 juta penumpang setahun pada Suku Keempat 2020.

ASQ menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi keseluruhan kepuasan penumpang bagi keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan. 

“Kami akan terus menawarkan penyelesaian dinamik dan mengekalkan momentum kami sebagai satu daripada lapangan terbang utama di dunia. Apabila perjalanan udara kembali rancak kelak kami berharap lebih banyak syarikat penerbangan akan dapat merasai pengalaman PRS ini,” kata Mohd Shukrie - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM