web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN Rangka Dasar Ekonomi Rahmah, Tingkat Ekonomi B40 Dan Miskin Tegar

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 9:42AM

Salahuddin Ayub berkata Dasar Ekonomi Rahmah ini adalah selaras dengan komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan miskin tegar tahun ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka Dasar Ekonomi Rahmah dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan B40 dan miskin tegar.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Dasar Ekonomi Rahmah ini adalah selaras dengan komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan miskin tegar tahun ini.

Salahuddin berkata dasar berkenaan dijangka dapat disiapkan pada September ini dan ia akan dibawa untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kabinet.

Katanya dasar berkenaan akan menjadi satu polisi yang membina di peringkat KPDN untuk terus menyantuni golongan sasar itu terutamanya dari segi aspek ekonomi mereka.

Beliau berkata demikian ketika  ditemui Bernama selepas menjadi ahli panel dalam forum bertajuk “Menangani Kos Sara Hidup, Meningkatkan Kemakmuran Rakyat” di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini semalam.

“Pertamanya, KPDN bukan lagi menyantuni mereka menerusi inisiatif (bersifat) sekali beri atau bermusim seperti Inisiatif Payung Rahmah…keduanya bagaimana melihat subsidi yang sebahagian besarnya memang diperuntukkan kerajaan mesti tepat sampai kepada golongan sasar.

Ketiganya, KPDN akan fokus kepada membangunkan ekonomi rakyat itu sendiri mungkin menerusi program sedia ada seperti perniagaan dalam talian dan francais di peringkat kementerian dan Inisiatif Daya,” katanya.

Beliau berkata Dasar Ekonomi Rahmah itu juga dirangka supaya dapat membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Negara sekali gus dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar.

Sebelum ini, Anwar pernah menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan pada tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan