web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Catat Sejarah Sumbang Lebih Satu Perempat Kepada KDNK Negara - Amirudin

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:09PM

Amirudin berkata sumbangan melebihi satu perempat ekonomi negara itu merupakan peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding sumbangan kepada KDNK negara pada 2021. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor mencatat sejarah apabila menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada tahun lepas.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sumbangan melebihi satu perempat ekonomi negara itu merupakan peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding sumbangan kepada KDNK negara pada 2021.

Katanya kejayaan itu merupakan pertumbuhan paling tinggi dan sumbangan tertinggi Selangor kepada KDNK negara sejak Pakatan Harapan diberi amanah mentadbir negeri tersebut pada 2008.

“Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, pertumbuhan ekonomi Selangor melebihi pertumbuhan paras nasional sebanyak 3.2 peratus, iaitu sebanyak 11.9 peratus berbanding 8.7 peratus pertumbuhan kadar nasional.

“Selangor merupakan satu daripada empat negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi melebihi paras nasional, iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amirudin berkata sektor pembuatan Selangor turut menyumbang satu pertiga daripada keseluruhan industri pembuatan di negara ini dengan peningkatan sebanyak 9.0 peratus pada 2022 manakala sektor pembinaan melebihi satu pertiga daripada aktiviti seluruh negara iaitu bersamaan dengan 34.1 peratus.

“Sektor perkhidmatan Selangor pula terus rancak dan mencatatkan pertumbuhan paling tinggi berbanding mana-mana negeri iaitu sebanyak 13.6 peratus pada 2022,” katanya.

Beliau berkata pengiktirafan dan kejayaan hebat itu terhasil daripada kebersamaan, ketekunan serta perancangan pasukannya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta penjawat awam yang komited untuk memacakkan kedudukan Selangor sebagai enjin ekonomi Malaysia ke arah menjadi negeri terunggul di Asia Tenggara.

“Kejayaan sebegini juga menampil dan membuktikan keyakinan komuniti pelabur dari dalam dan luar negara terhadap pentadbiran Selangor yang terus beriltizam mengemudi secara telus serta adil sambil memudah cara urusan perniagaan.

“Pencapaian prestasi pertumbuhan ini dapat menjamin kemakmuran Selangor sebagai gedung ekonomi Malaysia dan menjadi paksi kepada kestabilan pentadbiran serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Amirudin turut mengucapkan sekalung tahniah kepada setiap individu yang telah memainkan peranan bagi merealisasikan kejayaan itu dan yakin bahawa era kegemilangan Selangor hanya dapat diteruskan apabila pentadbiran tersebut diamanahkan mandat baharu dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

Bernama sebelum ini melaporkan, Selangor menyumbang sebanyak 24.8 peratus kepada KDNK Malaysia pada 2021. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan