web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasionalisasi Subsidi Mungkin Jejas Pertumbuhan KDNK Malaysia - Ahli Ekonomi

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:23PM

Ahli Ekonomi berkata ia adalah tidak sesuai untuk melakukan rasionalisasi subsidi terutamanya ketika negara masih dalam proses pemulihan daripada era pandemik - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghapusan subsidi boleh menjejajskan pertumbuhan jangka pendek Malaysia dan merumitkan proses penambaikan gaji ketika paras harga kekal tinggi, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) Firdaos Rosli.

Ahli Ekonomi itu berkata ia adalah tidak sesuai untuk melakukan rasionalisasi subsidi terutamanya ketika negara masih dalam proses pemulihan daripada era pandemik.

"Kita memerlukan subsidi buat masa ini supaya orang ramai berbelanja yang sepatutnya berlaku dalam era pasca pandemik," katanya pada sidang media mengenai keputusan kewangan suku pertama Bank Islam, hari ini.

Firdaos berkata naratif ekonomi Madani (NEM) oleh kerajaan yang akan dilancarkan pada Ogos depan, perlu memberi tumpuan kepada strategi meningkatkan pertumbuhan, justeru anjakan paradigma daripada rangka kerja sedia ada diperlukan.

Beliau berkata ia kerana kaedah pendapatan boleh guna semasa digunakan untuk pemberian subsidi mungkin hanya menyukarkan penggubalan dasar dan bukannya memudahkannya.

"Adalah lebih baik untuk memberi tumpuan dalam menambah baik hasil cukai serta memastikan pertumbuhan jangka pendek kekal kukuh. Seperti yang saya nyatakan walaupun tanpa kerajaan melakukan apa-apa, jumlah perbelanjaan subsidi akan turun secara semula jadi pada tahun ini kerana harga minyak global sekarang lebih rendah berbanding tahun lepas," katanya.

Firdaos berkata NEM harus melengkapkan penentukuran semula Rancangan Malaysia ke-12 memandangkan semakan separuh penggal akan diumumkan tidak lama lagi.

"Malaysia tidak mempunyai pakej rangsangan fiskal yang cukup tinggi untuk berkembang selepas pandemik. Justeru, bagaimana kita akan mengganti semula pengeluaran RM145 bilion Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dividen semasa COVID-19 dulu," katanya.

Beliau berkata kerajaan harus menyediakan naratif ekonomi yang betul untuk pertumbuhan jangka terdekat bagi memberi keyakinan kepada pelabur dan mengukuhkan ringgit.

Menurutnya, ringgit dijangka ditutup pada RM4.28 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini berdasarkan trend pertumbuhan ekonomi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan