Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bank Di Malaysia Raih Manfaat Daripada Ekonomi Kompetitif Dan Pelbagai - Moody's

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 2:51PM

Moody's menjangkakan prospek pertumbuhan Malaysia akan kekal kukuh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank-bank di Malaysia dengan unjuran stabil A3 menerima manfaat daripada ekonomi yang pelbagai dan berdaya saing dengan sumber asli yang banyak, menurut Moody's Investors Service.

Bank-bank berkenaan memanfaatkan institusi eksekutif dan perundangan di Malaysia yang kukuh dan menunjukkan penggubalan dasar makroekonomi yang berkesan secara konsisten, seperti dibuktikan dalam rekod prestasi kestabilan kewangan negara.

“Kami turut menjangkakan, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang sebenar akan meningkat kepada 5.0 peratus hingga 5.5 peratus pada 2021 selepas menguncup 5.6 peratus pada 2020 akibat gangguan yang wujud daripada pandemik koronavirus,” kata agensi penarafan itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Moody's menjangkakan prospek pertumbuhan Malaysia akan kekal kukuh, disokong oleh infrastruktur yang maju, perkhidmatan yang berdaya saing dan sektor pembuatan, serta sumber asli yang banyak, dan daya tahan pertumbuhannya yang turut disokong oleh kepelbagaian ekonomi.

Untuk 2021, menurutnya, peningkatan KDNK sebenar Malaysia akan dipacu oleh kesan asas dan pakej rangsangan kerajaan meskipun dengan sekatan pergerakan dan aktiviti ekoran jangkitan harian COVID-19 yang masih tinggi, telah mempengaruhi pemulihan.

Tahap pemulihan ekonomi akan turut bergantung kepada kadar pelaksanaan imunisasi dan keberkesanan vaksin di peringkat tempatan dan global, katanya.

Moody's turut menegaskan bahawa penilaiannya terhadap kekuatan institusi di Malaysia mencerminkan undang-undang negara yang bertambah baik, institusi eksekutif dan perundangan yang kukuh dan rekod prestasi penggubalan dasar makroekonomi yang berkesan.

Kekuatan ini adalah seimbang dengan kelemahan yang dirasakan dalam kawalan rasuah di negara ini, semak dan imbang, dan suara dan kebertanggungjawapan yang berpandukan petunjuk tadbir urus antarabangsa, katanya.

“Malaysia mempunyai rekod prestasi penggubalan dasar makroekonomi yang berkesan. Inflasi negara kekal rendah dan stabil sejak dekad yang lepas walaupun harga komoditi dan pasaran kewangan yang turun naik.

“Walaupun pertumbuhan kredit adalah pada purata kira-kira 8.0 peratus tahun ke tahun menghampiri pertumbuhan KDNK nominal negara dan naik turun yang terbatas dalam tempoh yang sama, justeru, menyumbang kepada kestabilan kewangan,” katanya.

Mengenai pandemik, ia berkata bank pusat telah melonggarkan dasar monetari dan melaksanakan banyak langkah kecairan untuk menyokong isi rumah dan perniagaan dan menyediakan skim kewangan untuk perniagaan kecil, sambil membenarkan bank untuk menangguhkan dan menstruktur semula bayaran pinjaman kepada peminjam yang terjejas.

Kerajaan turut mengumumkan pakej ekonomi berjumlah RM305 bilion (23 peratus daripada KDNK) pada 2020, dan menunjukkan komitmennya untuk menyokong ekonomi menerusi belanjawan RM322.5 bilion bagi 2021, katanya.

Bagaimanapun, agensi penarafan itu berkata walaupun institusi adalah boleh dipercayai dan berkesan, kapasiti kerajaan untuk memberi respons kepada kejutan, dikekang oleh asas pendapatan yang terhad dan beban hutang yang tinggi.

“Ketidakstabilan politik turut berpotensi mengalihkan perhatian kerajaan daripada keutamaan dasarnya, terutamanya pembaharuan jangka panjang yang boleh memperkukuhkan profil kredit dari masa ke masa,” katanya.

Mengenai penilaian keadaan kredit di Malaysia, Moody’s berkata ia mencerminkan risiko aset kepada bank berikutan peningkatan leveraj dalam kalangan isi rumah dan perniagaan.

Hutang isi rumah sebagai peratusan KDNK meningkat kepada 93.3 peratus setakat akhir 2020 daripada 82.9 peratus setahun lepas, walaupun kenaikan itu disebabkan oleh penguncupan KDNK berbanding pengembangan kredit.

Malah, menurutnya, nisbah hutang korporat bukan kewangan kepada KDNK meningkat 110.0 peratus setakat akhir 2020 daripada 99.4 peratus setahun lepas.

“Leveraj yang tinggi itu akan memburukkan lagi cabaran yang dihadapi peminjam dalam keadaan penurunan ekonomi ini,” katanya.

Pada 2020, pandemik COVID-19 telah menjejaskan ekonomi dalam negeri dengan peminjam daripada perniagaan berkaitan pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana dan isi rumah berpendapatan rendah merupakan antara yang paling terjejas, katanya.

Untuk itu, bank melanjutkan bantuan bayaran balik kepada peminjam yang terjejas pendapatan.

Sehingga 31 Dis 2020, pinjaman di bawah bayaran balik masing-masing menyumbang 8.9 peratus dan 17 peratus daripada jumlah pinjaman isi rumah dan perniagaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM