web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelaburan Perak Memberansangkan, Berada Di 4 Negeri Teratas - MB

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:18PM

Saarani Mohamad - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelaburan di Perak menyaksikan prospek yang amat memberangsangkan apabila berada antara empat negeri teratas yang menarik sebahagian besar pelaburan diluluskan iaitu RM7.1 bilion pada suku kedua 2023.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 550 peratus berbanding RM1.3 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelum ini.

“Dalam tempoh setahun, Perak menerima banyak pelaburan berimpak tinggi termasuk projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) bernilai RM32 bilion di Tanjung Malim, pembinaan kilang elektronik XP Power di Seri Iskandar (RM300 juta) dan pembinaan kilang memproses mineral di Silver Valley Technology Park (RM100 juta),” katanya dalam ucapan Majlis Sambutan Setahun Perak Sejahtera 2030 di sini hari ini.

Saarani turut membentangkan kemajuan pelaksanaan setahun pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang dilancarkan 15 Jun tahun lalu serta membahagikan kejayaan pelaksanaan pelan itu kepada tiga sasaran utama iaitu Sejahtera Ekonomi, Sejahtera Sosial dan Sejahtera Politik.

Dalam aspek ekonomi, Perak berada pada landasan kukuh apabila merekodkan sebanyak 294 projek pelaburan yang diluluskan pada 2022 melibatkan pelaburan sebanyak RM6.6 bilion dengan RM2.28 bilion membabitkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang menawarkan 7,682 peluang pekerjaan.

“Kawasan-kawasan seperti di Tanjung Malim yang sedang membangun dengan pelbagai projek telah menarik lebih ramai penduduk dan pekerja untuk berpindah dari Lembah Klang yang mana ekonomi di situ semakin maju pada masa akan datang,” katanya.

Daripada aspek sosial, Saarani berkata kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) antaranya telah mengadakan Jelajah Karnival Kerjaya Daerah Perak Sejahtera 2030 yang telah membabitkan 4,314 pencari kerja dengan disertai 148 industri dari seluruh negeri selain memudahkan pencari kerja melalui aplikasi Talent Perak.

Perak turut menambah prasarana jalur lebar termasuk mempercepatkan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) selain telah membina 71 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negeri itu bagi menyediakan capaian internet secara kolektif kepada penduduk luar bandar.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan projek-projek tebatan banjir serta pembangunan infra rakyat termasuk pembinaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop bernilai RM460 juta telah mula beroperasi dan memberikan kemudahan akses laluan pengangkutan menghubungkan daerah Manjung, Perak Tengah serta Hilir Perak sekaligus menjadi pemangkin ekonomi dalam daerah-daerah berkenaan.

Menurut beliau, inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) pula kini diperluas dan berjaya meningkatkan pencapaian pelajar yang yang layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain Bantuan Sara Diri Mahasiswa dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa turut diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta selain terdapat peluang diberikan untuk mereka menjadi usahawan di universiti.

Beliau berkata dalam aspek kesejahteraan politik, wakil rakyat kerajaan dan pembangkang kini diberikan peruntukan sama rata dengan kemudahan yang saksama selain membenarkan setiap wakil rakyat termasuk pembangkang menjadi anggota Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD), Jawatankuasa Focus Group Daerah, dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan