Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjagaan Berkualiti Warga Emas, Homage Lebar Sayap Ke Johor

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 7:34AM

Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas di rumah. - Gambar ihsan Homage

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -  Perkhidmatan penjagaan warga emas di rumah, Homage, melebarkan sayap Johor selepas tiga tahun beroperasi iaitu dua di Lembah Klang dan setahun di Pulau Pinang. 

Perluasan operasi itu bermakna, orang ramai tidak lagi perlu gusar mencari perkhidmatan penjagaan warga emas, apatah lagi Homage dibarisi kumpulan tenaga kerja mahir yang berpengalaman luas.

Pengurus Negara, Homage Malaysia, PC Gan berkata, kewujudan perkhidmatan mereka di selatan tanah air itu adalah satu kelegaan kepada rakyat Johor yang segelintirnya terpaksa menetap di Singapura kerana dipisahkan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, perkhidmatan tersebut menerima sokongan sejumlah besar warga emas dan keluarga mereka di Lembah Klang dan Pulang Pinang, sejak mula ditubuhkan pada 2019.

“Dengan kemasukan kami ke Johor iaitu negeri kedua paling padat di Malaysia, lebih banyak keluarga berpeluang menikmati akses kepada perkhidmatan ditawarkan.

“Ia membolehkan kami membantu mengurangkan kehadiran warga emas ke hospital, sekali gus membantu meningkatkan kualiti hidup masing-masing,” katanya kepada Getaran.

PC Gan
PC Gan

Gan berkata, senario tersebut sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada waris atau ahli keluarga penghuni yang terkandas di seberang tambah, apabila tidak dibenarkan merentas sempadan untuk kembali ke tanah air.

“Perkhidmatan Homage boleh dimohon melalui aplikasi mudah alih dan menggabungkan penjagaan profesional yang berkelayakan dengan teknologi proprietari. 

“Syarikat kami berpangkalan di Singapura yang menggariskan keperluan penyelesaian holistik terhadap penjagaan di rumah agar berupaya membantu warga emas  meningkatkan kualiti hidup mereka,” tambahnya.

Gan menarik perhatian, Homage bertujuan untuk merapatkan jurang penjagaan dengan menyediakan layanan serta khidmat di rumah dengan lebih baik dan berkualiti.

Katanya, berdasarkan keperluan itu, Homage membangunkan pelan penjagaan peribadi dan menggunakan enjin padanan proprietari, menggandingkan warga emas dengan penjaga profesional yang paling sesuai dengan keperluan mereka. 

“Rekod lawatan dan laporan penjagaan diuruskan melalui aplikasi mudah alih yang membolehkan ahli keluarga menerima perkembangan terkini dan berkongsi maklumat terperinci untuk pengalaman penjagaan yang lebih baik,” jelasnya. 

Homage turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain, antaranya  penjagaan diri seperti mandian, peneman dan bantuan mobiliti,  penjagaan kejururawatan seperti pengurusan penjagaan luka, penjagaan stoma serta pengurusan ubat-ubatan. 

Pasukan penjaga dan jururawat yang berpengalaman di Homage juga mampu menyediakan penjagaan khusus untuk warga emas dengan keadaan akut dan kronik seperti Dementia, Parkinson serta Diabetes.

“Berikutan pandemik COVID-19 ini, Homage turut menyediakan khidmat ujian calitan (swab test) di rumah. 

“Tidak perlu berkunjung ke hospital atau pandu lalu untuk ujian berkenaan bagi mengurangkan pendedahan risiko terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi,” katanya.

Sehingga kini, Homage telah menggerakkan lebih 700 penjaga profesional dengan 87 peratus daripadanya adalah penjaga wanita yang telah berpengalaman luas dalam penjagaan bulanan di seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. 

Syarikat itu kini sedang mencari jururawat dan penjaga yang ingin berkhidmat bersama Homage di Johor dan boleh bekerja mengikut waktu fleksibel selain memperoleh pendapatan tambahan .

Sebagai tambahan, semua perkhidmatan penjagaan Homage kini boleh didapati di Johor Bahru kecuali bagi perkhidmatan terapi, yang hanya boleh didapati pada pertengahan tahun ini.

Bagi keluarga yang ingin mendapatkan perkhidmatan daripada Homage boleh memuat turun aplikasi Homage atau menghubungi talian hotline Homage di 016-299 2188 atau melayari laman web Homage Johor di https://hmg.care/johor. – Getaran, 17 Mei 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 12 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini