web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Belum Cadang Semak Semula Unjuran Pertumbuhan Ekonomi - Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 8:06PM

Rafizi berkata penyusutan nilai ringgit dua minggu ini disifatkan banyak dipengaruhi oleh hasil perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan mata wang tempatan itu.

Penyusutan nilai ringgit dua minggu ini disifatkan banyak dipengaruhi oleh hasil perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.

 Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

“Setakat ini terlalu awal untuk menetapkan bahawa kejatuhan mata wang ringgit untuk satu dua minggu ini akan ada kesan kepada projection (unjuran pertumbuhan ekonomi).

“Kita perlu menunggu data-data perdagangan dan ekonomi dalam bulan hadapan, dua bulan lagi kerana yang mempengaruhi unjuran pertumbuhan itu bukan sangat melibatkan kadar nilai ringgit tetapi lebih kepada aktiviti perdagangan (seperti) eksport, import, harga minyak dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rafizi berkata situasi nilai ringgit sekarang turut membawa kebaikan, contohnya kepada pendapatan negara dan juga sektor minyak memandangkan pricing (penetapan harga) adalah dalam nilai dolar Amerika Syarikat.

“The higher the price is and the weaker ringgit is, lebih banyak duit kita dapat tetapi contohnya bagi eksport kita (adalah sebaliknya). Jadi, kita akan terus memantau situasi tapi setakat ini tiada sebarang keperluan (untuk menyemak semula unjuran),” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susulan penyusutan mata wang tempatan.

Tahun ini, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar empat hingga lima peratus.

Terdahulu, Rafizi menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan