web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Malaysia Menguncup 0.5 Peratus Pada Suku Pertama - Gabenor

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 2:58PM

Ekonomi Malaysia mencatatkan penurunan KDNK yang lebih kecil sebanyak 0.5 peratus pada suku pertama 2021

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia mencatatkan penurunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang lebih kecil sebanyak 0.5 peratus pada suku pertama 2021 berbanding penguncupan 3.4 peratus pada suku sebelumnya dengan pemulihan dilihat dalam semua sektor ekonomi.

Pada suku pertama 2020 ketika tercetusnya pandemik, Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 0.7 peratus.

Semua sektor ekonomi mencatatkan peningkatan dalam suku berkenaan, terutamanya sektor perkilangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus pada sidang media secara maya bagi mengumumkan prestasi KDNK Malaysia untuk suku pertama 2021 hari ini.

Sektor perkilangan meningkat dengan lebih kukuh pada 6.6 peratus pada suku pertama 2021 berbanding 3.0 peratus pada suku keempat 2020, sementara sektor perkhidmatan menyusut 2.3 peratus pada suku berkenaan, tetapi lebih baik berbanding penurunan 4.8 peratus pada suku keempat 2020.

Sektor pertanian meningkat sedikit kepada 0.4 peratus, sektor perlombongan dan kuari mengembang kepada negatif 5.0 peratus dan sektor pembinaan turun 0.4 peratus.

Walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) telah memasuki pusingan ketiga, Nor Shamsiah berkata pertumbuhan KDNK Malaysia mungkin kekal dalam julat  6.0 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun 2021.

"PKP 3.0 akan sama seperti PKP 2.0 dengan kebanyakan sektor ekonomi tetap dibuka,”katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya di sini hari ini.

Meskipun langkah-langkah pembendungan dilaksanakan semula baru-baru ini, kesan terhadap pertumbuhan dijangka kurang teruk berbanding dengan tahun 2020 berikutan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

"’Secara keseluruhan, pemulihan pertumbuhan dijangka memperoleh manfaat daripada permintaan global yang lebih baik, perbelanjaan sektor awam dan swasta yang meningkat serta sokongan dasar yang berterusan. Hal ini juga mencerminkan pemulihan keadaan pasaran pekerja, terutamanya berikutan aktiviti pengambilan pekerja yang meningkat secara beransur-ansur. 

Pengeluaran yang lebih tinggi daripada fasiliti perkilangan yang sedia ada dan baharu, terutamanya dalam sektor E&E dan subsektor berkaitan sumber, serta daripada loji pengeluaran minyak dan gas akan memberikan dorongan selanjutnya kepada pertumbuhan.

Pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19 dalam negeri juga akan meningkatkan sentimen dan menyumbang ke arah pemulihan kegiatan ekonomi. Bagaimanapun, kadar pemulihan dijangka tidak sekata merentas sektor ekonomi, jelas Gabenor.

Pada masa hadapan, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk terus mendapat manfaat daripada kegiatan ekonomi dan aktiviti perdagangan global yang lebih kukuh.

"Meskipun prospek pertumbuhan akan terus bergantung pada perkembangan berhubung dengan pandemik, pelaksanaan langkah-langkah pembendungan yang bertujuan untuk mengawal aktiviti sosial dan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi akan mengurangkan impak terhadap kegiatan ekonomi,"’ katanya.

Akaun semasa imbangan pembayaran negara mencatatkan lebihan RM12.3 bilion atau 3.3 peratus daripada KDNK.

Bagi inflasi keseluruhan, ia menjadi positif  pada suku pertama 2021 dan dijangka mencatatkan secara purata 2.5-4.0 peratus tahun ini.

"Inflasi keseluruhan meningkat kepada 0.5 peratus pada suku pertama 2021, disebabkan oleh kesan asas daripada harga bahan api dan luputnya kesan daripada rebat tarif elektrik,” katanya.

Beliau juga berkata inflasi keseluruhan mungkin meningkat antara  6.5 peratus hingga 7.0 peratus pada April-Mei sebelum menyederhana ke paras bawah 5.0 peratus pada bulan Jun sementara inflasi asas  dijangka kekal rendah, dengan purata antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus untuk tahun 2021 berikutan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

"Dasar monetari pada 2021 akan kekal akomodatif untuk menyokong pemulihan ekonomi dan pada masa yang sama memastikan tekanan terhadap harga dapat diuruskan dengan baik.

"Bank juga akan terus berwaspada terhadap peningkatan ketidakseimbangan kewangan dan berikutan ketidakpastian yang berterusan mengenai pandemik, dasar monetari dalam bergerak ke hadapan akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu,” tambah Gabenor BNM.

Bank pusat baru-baru ini pada mesyuarat jawatankuasa dasar monetarinya telah mengekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

OPR Kekal 3.0 Peratus: Keputusan Dibuat Bebas Tanpa Tekanan Mana-Mana Pihak - Fahmi

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Pulih Segera Daya Saing Negara, Itu Jaminan Perkukuh Semula Ringgit 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori