web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nazir Razak Tamat Khidmat Sebagai Pengerusi BPMB

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 12:54PM

Nazir Razak akan bersara daripada jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bksekutif BPMB pada 22 April selepas berkhidmat selama dua tahun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) mengumumkan Tan Sri Nazir Razak akan bersara daripada jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bksekutif BPMB pada 22 April selepas berkhidmat selama dua tahun.

Menurut kenyataan BPMB pada Khamis, Nazir mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas peluang berkhidmat dengan bank ini selama dua tahun.

“Dalam tempoh itu, kami berjaya menyelesaikan penggabungan dengan Danajamin, memperkukuh barisan pengurusan kami, operasi bertambah baik dan tadbir urus keseluruhan, menjadikan BPMB Group lebih kukuh dan bersepadu seperti hari ini,” katanya.

Beliau juga berkata BPMB juga melancarkan Agenda 2025 (pelan transformasi tiga tahun) dan menerapkan kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan berdasarkan rangka kerja Pengukuran Kesan terhadap Pembangunan Negara (MIND) BPMB, menurut kenyatan itu.

Nazir menyertai BPMB pada 2021 dengan tujuan menyelia penyatuan institusi kewangan pembangunan (DFI) yang telah dirancang dan dalam fasa satu, penggabungan di antara Danajamin Bhd dan BPMB telah selesai tahun ini.

Bagi fasa dua, penggabungan dengan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) kekal sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju penyatuan DFI, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

“Saya kini akan boleh mengkhususkan lebih banyak masa saya untuk pelaburan ekuiti persendirian Asean dan peranan baharu sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan Asean Malaysia,” katanya.

Menerusi kenyataan itu, BPMB mengucapkan penghargaan kepada Nazir atas sumbangan tidak ternilainya kepada bank. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan