web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petronas Akan Teruskan Projek Cari Gali Di Laut China Selatan - PM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 2:05PM

Anwar berkata pendirian Malaysia berhubung usaha cari gali berkenaan juga telah disampaikan kepada Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya Li Qiang dalam lawatan rasminya ke negara tembok besar itu baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petronas tetap akan meneruskan projek cari gali di kawasan Laut China Selatan walaupun ketika ini terdapat pertindihan tuntutan dengan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana Malaysia menganggap bahawa projek cari gali yang dilakukan ketika ini berada di dalam kawasan atau wilayah negara.

Anwar ketika hadir di Parlimen hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan
Anwar ketika hadir di Parlimen hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan

“Bagaimanapun kalau negara China anggap ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan, tapi sementara itu, untuk usaha cari gali, kita akan teruskan. Saya tidak mahu elak daripada meneruskan rundingan, kerana ini pendiran ASEAN.

“ASEAN merasakan semua tuntutan bertindih harus diselesaikan secara rundingan, tapi setakat ini Malaysia bertegas bahawa ini (projek cari gali) adalah di kawasan atau wilayah Malaysia,” katanya pada sesi waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada Perdana Menteri ada membincangkan isu berhubung keselamatan serantau dalam lawatan rasminya ke China baru-baru ini, terutamanya dengan kehadiran tentera laut China di Laut China Selatan.

Anwar berkata pendirian Malaysia berhubung usaha cari gali berkenaan juga telah disampaikan kepada Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya Li Qiang dalam lawatan rasminya ke negara tembok besar itu baru-baru ini.

 “Memang perkara ini diangkat kerana kedua-dua pihak itu ada tuntutan bertindih di Laut China Selatan terutama kebimbangan negara China kerana Petronas telah menjalankan satu kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang juga dituntut oleh negara China,” katanya. 

Berhubung kehadiran kapal dan tentera laut China di Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata negara itu telah menjelaskan bahawa ia berada di perairan antarabangsa, namun Kementerian Luar akan terus memantau dan mengeluarkan bantahan sekiranya terdapat perlanggaran.  

Anwar berkata Malaysia dan ASEAN tegas dengan pendirian untuk tidak menyokong sebarang usaha yang boleh meningkatkan ketegangan terutama dalam bidang ketenteraan.

“Sebab itu bila diumum penubuhan AUKUS, Malaysia menyatakan keresahan dan kebimbangan agar perkara ini tidak meledak sebagai suatu yang akan dianggap provokatif yang akan menyebabkan negara China meningkatkan kegiatan mereka di rantau,” katanya.

AUKUS merujuk kepada pembentukan kerjasama pertahanan tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Pada 30 Mac lepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai anggota ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai  Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) termasuklah dalam isu berkaitan perlucutan senjata nuklear, pencegahan percambahan nuklear dan penggunaan teknologi nuklear secara aman. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan