web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 11:01AM

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4120/4170 berbanding dolar AS daripada 4.4185/4225 ketika ditutup pada Khamis - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Jumaat sebelum data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras AS dikeluarkan lewat hari ini, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4120/4170 berbanding dolar AS daripada 4.4185/4225 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.48 peratus kepada 102.144 dalam tempoh semalaman.

Beliau berkata ini ekoran kekurangan hala tuju pasaran selain pelabur menunggu lebih banyak pemacu selepas dua petunjuk ekonomi utama di AS amat hampir mencapai jangkaan.

“Nampaknya angka makro semakin lemah di AS yang akan mengukuhkan pendirian cenderung kepada kadar faedah rendah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada masa hadapan. Malam ini kita akan menyaksikan kadar inflasi PCE teras, yang merupakan ukuran inflasi pilihan Fed, diumumkan.

“Konsensus menjangkakan PCE teras boleh kekal pada 4.7 peratus tahun ke tahun pada Februari. Sekiranya kadar inflasi berubah kepada lebih rendah, ia boleh menyebabkan dolar AS yang lebih lemah selepas ini,” katanya kepada Bernama.

Bacaan akhir untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) AS bagi suku keempat 2022 dilaporkan berada pada kadar tahunan 2.6 peratus berbanding jangkaan pasaran pada 2.7 peratus.

Sementara itu, pasaran buruh AS sedikit lemah dengan tuntutan pengangguran awal meningkat kepada 198,000 minggu lepas daripada 191,000 pada minggu sebelumnya.

Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4704/4766 daripada 5.4533/4582 ketika ditutup pada Khamis; dan rendah berbanding euro kepada 4.8157/8212 daripada 4.7985/8028.

Walau bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3113/3153 daripada 3.3282/3315 sebelumnya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara-negara Asean.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3228/3271 daripada 3.3244/3279 pada penutupan semalam; serta naik berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.12 daripada 8.12/8.13 selain tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 293.20/293.60 daripada 293.60/294.00.

Walau bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9229/9428 daripada 12.8970/914722 semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan